05 July, 2013

Resepi ✿ cucur nasi ikan bilis

mula-mula tu nak masak benda lain,
alih-alih benda lain pulak yang aku masak.
serius, pagi-pagi buta masuk rumah kak azlita tengok resepi cucur nasi ikan bilis dia hahahaha
mengaruk nak makan cucur.
macamkan mengidam anak sulung.
walaupun buat cucur ni simple je.
tapi yang simple ni la selalu failed.
selalu buat cucur 1 versi je.
cucur bawang. itu pun ngelat tak letak bawang.
ada pulak orang kat rumah ni yang tak suka makan bawang. susah betui.
Tapi bila ibu (pengasuh) dia buat cucur .
amboii! kemain laju derang membalun.
elok je makan padahal ade je ibu dia letak bawang dalam tu.
Nampak beno mak dia masak tak sedap.
cucur je tu pun.
masa kecik-kecik dulu tinggal dengan atuk.
selalu la aku makan cucur yang dicampur dengan kelapa.
bila makan cucur nasi ikan bilis ni.
lidah tu terasa-rasa macam makan cucur yang atuk buat.
patut la makan cucur ni sikit pun dah rasa kenyang.
rupanya blend dengan nasi.
tak payah nak ambik sarapan berat-berat lagi dah.
nasi lemak boleh ambik cuti lepas ni hahahah.

resepi kak azlita refer kat sini.

resepi versi aku.
yang simple2 je.
pagi-pagi nak mencari bahan semua.
memang tak sempat nak pergi ofis sudahnya.

untuk cucur nasi ikan bilis ni.

Blend nasi dengan ikan bilis.
letak sedikit air masa blend.
campur bahan kisar dengan tepung gandum.
tapi aku campur sikit dengan tepung buat kek.
itu lah pasal, plan nak buat benda lain masa mula-mula tu.
nasib baik adunan dia sedap.
dah ala-ala cucur udang plak.
berongga isi dalam dia..
disebabkan ikan bilis yang aku guna tu dah masin.
so, aku tak letak garam.
tambah masin pulak nanti.

cucur nasi ikan bilis ni memang terbaik! wajib cuba uols.

20130705_063054

keratan rentas dia…hahahah gigih menayang.

20130705_075541

No comments: