Apam Johol

Sedap ker? eh! sedaplah, kalau ko suka makan apamlah.
Rasa dia sama je macam apam biasa, cuma yang menyedapkan tu daun rambai la uols.
Tapi yang dalam gambar tu bukan Akak yang buat, tu adik ipor Akak yang beli. Apam frozen je kome oii. Senang je nak makan ko kukus je balik apam ni. Jangan pm tepi pulak tanya akak beli kat siapa. Akak tak bertanya pun hari tu main ambik je hihihihi

Akak gugel jugaklah resepi apam ni. Manalah tau kut-kut nanti rajin pulak nak buat. Yang kat bawah ni resepi dia macam simple je. Belum cuba lagi menjadi ke idak. sebab mana nak dironjangkan daun rambaikan. kang pakai daun pokok ketapang mau mabuk 7 hari 7 malam


BAHAN-BAHANNYA:
-Daun rambai secukupnya
-300 g tepung gandum
-2 sudu marjerin
-100 gula merah ( larutkan dengan 1 1/2 cawan air)
-2 sudu besar gula pasir
-1/2 bungkus ibu roti mauripan

CARA MEMBUATNYA:
1. Satukan marjerin dengan tepung sehingga sebati.
2. Kemudian masukkan ibu roti dan gula pasir ke dalam tepung.
3. Tuangkan larutan gula melaka yang telah ditapiskan kedalam adunan sedikit demi sedikit. 
4. Bancuhan adunan jangan terlalu cair. Perap adunan sehingga naik 2 kali ganda / perap sehingga 3 jam - 


CARA BALUT
5. Daun rambai mestilah yang telah dibersihkan dan disapukan sedikit minyak masak.

6. Kemudian baru diletakkan bancuhan adunan ditengah-tengah daun rambai.
7. Letakkan 3/4 penuh adunan pada daun. Ini kerana adunan akan mengembang apabila dikukus.

8. Bungkus macam nak buat nasi lemak.
9. Kukus kuih selama 20 minit atau sehingga masak.


Comments

Popular Posts