26 December, 2012

memori sungai perak dan si tanjung kepah.

 

masa kecik-kecik dulu sungai perak sangat dekat ngan hidup aku. Rumah atok aku ni bersebelahan dengan sungai perak. Dulu-dulu kitaorang sepupu sepapat selalu berlari kejar kapal yang lalu dekat sungai perak ni. Gigih melambai-lambai kapal tu. macam le anak kapal tu nampak ke kitaorang heheheh. Dan kalau dari tebing sungai rumah atok aku tu boleh nampak sayup-sayup jeti Bagan Datoh. Tak tau la sekarang ni wujud lagi ke tidak jeti tu.

Pernah la dulu merasa naik bot dari jeti kampung atok aku ke jeti Bagan Datoh. Pekan dia kecik jer. Bangunan kedai dia pun tak banyak. Dekat jeti kecik tu ada la orang jual mainan macam peniaga dalam cerite p.ramlee bujang lapok tu. Masa tu tak ada jambatan boleh menghubungkan Teluk intan ke bahagian kampung atok aku. Sebab sungai perak ni dah area ke kuala sungai. lebar dia dah macam ala-ala laut. air dia pun masin bukan tawar.

Pernah jugak la aku merasa bersekolah kat kampung. Balik sekolah jer campak baju sekolah terus follow atok,pak sedara ngan mak sedara pergi tangguk udang geragau dekat tepi sungai. Bila petang pulak pergi tengok air sungai naik. Dengan harapan jumpa mainan yang masih elok dibuang orang. Walaupun masa tu aku tak ada emak tapi kehidupan aku sedikit pun tak rasa sunyi.

Tanjung kepah pulak tempat kitaorang mencari kerang. Dulu serius kerang sangat banyak kat sini. korek-korek je pasir kat tepi pantai tu mesti jumpa kerang. Berbakul jugak la kitaorang bawa balik. Masa tu pergi naik land rover Pak uda aku. Mula-mula mak sedara aku tak bagi ikut. Deme senyap2 jer keluar rumah kata nak pergi mana ntah. Tapi siap bawa bakul makanan tu. Tu yang buat aku tak mau balik. aku tau deme nipu. saja tak nak ngajak  pergi sekali. Aku ni masa tu degil follow jugak dari belakang. last-last diaorang terpaksa jugak bagi aku ikut. Serius kalau derang tak benarkan aku join sekali masa tu tak ada la aku kenangan manis bersama mereka.

images

Tanjung kepah [kredit: tiblakedah,blogspot.com]

Ntah kenapa yer hari ni aku rasa sentimental pulak. Sangat-sangat rindu dengan sepupu dengan mak pak sedara.Rindu dengan kenangan bersama mereka dulu. Inilah dikatakan jalinan kasih sayang. Walau apa pun yang terjadi mereka adalah insan-insan yang pernah memberi dan berkongsi segala pahit manis bersama kita. Tak wajar kita melupakan mereka walaupun apa situasinya. Yang aku tau kasih sayang yang ikhlas memang akan berkekalan dan berbekas di hati kita. Hoping my kids pun dapat sweet memory zaman kanak-kanak mereka seperti mana zaman kanak-kanak aku penuh dengan keseronokan.

Sebab tu kadang kala aku benarkan Che mat ngan Che Nah ikut ibu derang balik kampung. Biar dia rasa suasana kampung. Kalau nak harapkan balik kampung aku memang tak ade sepupu derang nak main. Cucu-cucu jiran abah pun bukannya ada. Sama la jugak dengan belah Pak enchik pun bukan ada siapa-siapa kat kampung tu. watever le kan kata orang putih, Aku bersyukur dibesarkan di kampung. Pengalaman yang aku dapat masa tu sangat berharga dan membuat aku lebih menilai erti kehidupan dan kekeluargaan.

2 comments:

Kuazue Mohd said...

as salam...singgah bertandang... beh nyer melayan blues yer...beh kan zaman kecik2 dedulu...

ImanAzyan said...

hehee memory daun pisang