12 December, 2012

Bawa motor.

Bawa motor..Aku???? 

oissh! jangan cakap ler aku terer bawa motor ni hahahahaha.

Bukan satu kebanggaan ler tapi, aku mula belajar bawa motor masa awal darjah enam.Biasa ler masa tu budak kampung cuma ada motor je nak lenjan ke mana hala kan. kalau dah nama budak felda tu kalau tak pandai bawa motor memang macam perkara luar biasa la pulak hehee. hatta budak darjah tiga pun belasah je bawa motor. Aku pulak naik seram tengok budak-budak kecik berani bawa motor. Benda pertama yang aku fikir masa tu, macam mana mak pak diaorang ni boleh bagi anak-anak yang tak mumayiz ni bawa motor yek. Dah le kaki pendek. Kompom tur boleh jatuh kena hempap dengan motor.Tak sedar diri aku tu pun masa tu belum cukup umur nak bawa motor.
sibuk pertikaikan budak lain hahahhaa.

Masa tu memang tak takutnya jatuh motor atau xcident. Yang tau seronok jer dan boleh tunjuk eksen kat member-member yang lain sebab dah terer bawa motor. Basikal dah sorong bawah rumah dah. sesekali je pegang kalau terdesak. Sebab selalu motor ni available time abah tak gi kebun jer.

So bila aku dah start sambung belajar balik lepas SPM. Abah suruh aku ambik lesen motor. Lesen L dah ambik dah masa semester 2 kut kalau tak silap, eh! betul la tu.Test sudah lepas tapi lesennya belum ambik lagi, biasa la kena tunggu seminggu nak dapat lesen. Itu dulu la sekarang ni tak tau kalau boleh dapat on da spot ke kan. Pernah la sekali tu,aku nyaris kantoi kut dengan pak polisi balik dari mandi sungai kat ulu chepor ngan uda, angah, along. Gigih la sangat nak mandi-manda konon di musim kemarau yang hangat pijor. Sudahnya abang-abang polis tu tahan kitaorang. Dia dah syak dah mesti kitaorang ni tak de Lesen punya, dah le basah lenjun satu badan naik motor. macam-macam le alasan kitaorang nak lepaskan diri. masa tur Man Lata pun ikut gak escot kitaorang. Dia punya motor kitaorang guna. Dia pulak ntah pinjam motor siapa ntah siap tak de side mirror lagi. Dia pun nyaris-nyaris nak kena tahan gak ngan pak polis. Tapi sebab abang-abang polis tur lebih tertarik ngan kitaorang yang basah di atas motor ni, maka Man Lata tu terlepas dari roadblock. Kitaorang ni la jenuh menjawab. Sib baik si Along ngan si Angah ntah macam mana ter speaking Jowo pulak. ngobrol2 itu ini dapat le kitaorang excused hehehe ape lagi pecut le balik TC. kenangan bawa motor yang terindah tur.


Adik-beradik aku semua perbelanjaan ambik lesen ditanggung beres oleh Abah & Co. Alhamdulilah aku lulus sekali test jer hehehhe. Lepas tu baru rasa konfiden bawa motor. Dah tak nebes dah kalau nampak polis kat depan atau lalu kat sebelah hehehe. Cuma masa aku nak ambik lesen kereta aku guna duit gaji  bulan ketiga bekerja.

First Bawa motor keluar dari gunung adalah masa aku di semester 5. masa tu Abah baru beli motor EX-5. kalau budak Ipoh cakap motor kapcai. Aku memang tak sangka betui la Abah percaya kat aku bawa motor dari kampung ke Ipoh. Aku sendiri tak percaya aku boleh bawa motor sejauh itu hehehe.Mana aku dapat keberanian tu pun aku tak tahu. Tapi motor tu sangat berguna dan berjasa sepanjang tahun akhir aku kat IPOH. Banyak kali jugak le budak lelaki nak pinjam motor aku. Tapi sekali pun aku tak kasi pinjam. Bengang jugak derang sebab sebelum ni aku rajin pinjam motor diaroang kalau nak ke town hehehe. Yang gigih nak pinjam motor aku selalunya si Jepp. Sebab dia kata tak pernah lagi naik motor orang perempuan.  Alasan tak logik lansung. Yang sebenarnya diaorang tu nak jimat duit minyak motor nak pergi dating. Hampeh!

Walau apa pun kenangan aku dan Motor. Bila aku lihat sepupu aku yang baru darjah 6 post gambar bawa moto kat FB. aku jadi cuak.Aku memang tak sokong lansung budak-budak yang tak cukup umur bawa motor tanpa lesen. Jangan kira situasi aku masa dulu. sebab masa tu ilmu tak banyak. Aku tak setuju hatta nak pergi kedai dekat dalam taman ker dalam kampung ker. Rasa lebih afdhal bawa basikal lebih berpeluh. sihat tubuh badan. Ada lesen baru boleh menunggang. kalau tak ada lesen 'NO WAY'
Bagi aku kan bawa motor ni banyak risikonya. Sebab senang jadi mangsa kena langgar atau jatuh. Dan kalau jatuh pulak memang akan cedera. Kalau cedera di muka lagi tragis.

Motif entry ni sebenarnya aku cuma nak cakap aku tak setuju budak yang tak cukup umur bawa motor tanpa lesen.Itu jer, tapi mukadimahnya terlebih sudah.

2 comments:

lina said...

adoi lawak..memori ni yg paling gempak sekali..kira brutal jugak kita ni yerr, naik moto takdak lesen..nasib baik kita semua ni comel dan cute2 masa tu..masa tu masing2 buat muka kesian mcm puss in the boot tu..haha

ImanAzyan said...

hahahaha kenangan terindah tur. memang tak boleh lupa tak silap angah naik ngan ucu. Along naik ngan uda rasanya. Along le pekat cakap jawa. sib baik lepas hahahaha