21 December, 2012

Cuti sekolah Dec 2012

 

Tak de plan pergi mana-mana pun. Sebab tiap-tiap weekend pun sibuk ngan kerja di rumah.

Cuma last week pergi temankan keluarga makcik aku, bawa diaorang  pergi jalan-jalan sekitar Shah Alam. Tempat pertama yang diaorang nak  pergi ialah  I-City. Macam biasa la tempat tu tak pernah tak ramai orang. Tambah lagi sekarang ni macam-macam dah ada dekat situ. Wet world lah, ferris wheel, snow walk, space walk tapak konsert pun ada. Memang berduyun-duyun manusia. Nak beli tiket opkos le kena beratur nak main permainan kat situ pun beratur. fuh! abis masa dengan beratur je la kejenya. Kitaorang pusing-pusing sekejap jer kat I-City lepas tu balik. Yang Snow walk tu tiket masuk dia bagi aku lah kira mahal ler RM35 per pax tapi itu pun ramai jugak tu yang beratur nak masuk. Banyak duit diaorang yek. Baru dapat bonus kut masing-masing.

Then bawa Achik sefamili pergi bukit cahaya seri Alam, nak cakap bukit cerakah macam buruk pulak bunyinya. Tempat ni pun ramai jugak manusia huhuhu. Aku ada lar pergi 3 tahun yang lalu tak la seramai ini. Nak menunggu naik shutter bas dia kemain beratur panjang. Nampak dah ada perubahan sikit kat Bukit cahaya ni. Dah ada kolam renang katanye. Tapi yang kat taman Binatang tu cam sama jer dengan dulu-dulu. Malam sebelum tu tak dapat nak masuk snow walk kat I-City sebab mahal. so kat bukit cahaya jer la masuk iklim house. Sementelaah sekarang musim sejuk. Dapat ler diaorang bergambar dengan ais kat situ.

Oh yea! kalau nak naik boat kat tasik shah alam pun boleh. Harga tiket tak mahal. tak Silap dewasa rm6, kanak-kanak rm4. syok jugak lah. Masa tengah naik bot tu nampak ada sepasang pengantin baru tengah shoot gambar kahwin. Beriya kitaorang duk hai-hai bye-bye dengan pengantin tu. Pengantin tu pun elok je happy lambai-lambai kitaorang .

Kira nasib famili achik datang ke S.alam minggu ni sangat baik. Cuaca elok tak hujan waktu kitaorang jalan-jalan. Bila sampai di rumah baru hujan turun. Memang bernasib baiklah. Cuaca yang mendung  buat tak penat sangat bila berjalan.

20121215_210918

No comments: