Jiran sepakat bawa berkat jiran berpakat dapat gosip berkarat.

Wah! tajuk tak menahan.

Bukan apa terkejut sebenarnya bila member baik aku meluahkan rasa sedih dia terhadap jiran-jiran sekeliling dia. Sehingga mendatangkan stress pulak pada dirinya.


Alhamdulilah setakat ni jiran-jiran aku tak mendatangkan banyak masalah pada aku sekeluarga.
Masing-masing dengan urusan sendiri, kekadang nak jumpa pun payah. Tambah lagi aku pergi kerja matahari tak timbul lagi, balik kerja pulak matahari dah nak terbenam. kalau balik kerja awal tak jammed bagai dapat ler berselisih dengan akak jiran depan rumah. Nama akak tu pun aku tak ingat. Ada la bertukar-tukar nombor henpon itu ari. Tapi Bila henpon lama tu dah rosak dah hilang terus no jiran depan rumah aku itu. Nak mintak lagi segan plak ko. Nampak sangat nanti tak ingat nama akak tu padehal dah nak dekat 8 tahun berjiran huhuhuhu.
Itu ler adat orang idup di bandar yek. Tapi walaupun tak jumpa selalu ikatan kejiranan tu tetap ada cewah!. hehehe bukan ayat kaverina nih!

Sejak aku berkahwin,aku tak pernah ada pengalaman berhadapan dengan jiran yang kepochi hal-hal aku sefamili. Alhamdulillah bersyukur sangat.

Tapi bila kawan baik aku mengadu hal jiran yang suka gosip hal dia, malah menganggu keluarga dia. Serius aku rasa macam betui ke nih! takkan serius sampai macam tu sekali kan. Sebab duduk kat bandar ni ada ke lagi sikap seting garden yang tak boleh blah tu. masing-masing sibuk dan kebanyakannya educated kan. Tapi bila dia kata yang kuat bergosip tu ibu-ibu yang duduk rumah yakni yang tidak bekerja sepenuh masa. huh! itu le dia, kang kita kata surirumah sepenuh masa ni kuat bergosip marah. Tapi kenyataannya jangan pulak nak ditidak-tidakkan. Nak bersidai ker, nak berparty chit chat sesama jiran setingkap ker tak kisah. Malah amat bagus untuk merapatkan silaturrahim. Tetapi hindarkanlah dari memperkatakan benda yang sia-sia. Kalau rasa sekadar nak sembang-sembang kosong baik tak payah. Kalau nak jugak berchit chat ngan ahli forum, sediakan modul sekali macam chit chat mengait ker. chit chat masterchef ker. idak ler kerjanya menyembur ayo lior jer kan. Buang tanggapan orang terhadap surirumah sepenuh masa ni kaki gosip dan bla…bla…bla…

Susah nak komen dengan masalah kawan aku tu. Dia berusaha nak jadi jiran yang baik, tapi  sesetengah manusia ni memang tak boleh tengok orang lain senang atau lebih dari dia. Mulalah nak tabur gosip, celaan dengan jiran yang lain. Paling menyedihkan kalau jiran yang Not good tu sesama agama dan bangsa. Sedih sedih sedih..

kekadang sikap kita yang tak nak campur hal orang pun boleh disalah anggap sombong dan sebagainya. kalau kita bercampur karang tak pasal2  terjebak bergosip. tak ke sia-sia menambah saham dosa.

sempena tahun baru ni 1434H  walaupun dah masuk bulan kedua SAFAR. sesama la kita bersikap lebih positif serta berusaha menjadi ummah yang lebih baik dan berkualiti.

In syaa Allah. Moga diberikan ketenangan dalam hidup berjiran hingga ke akhirnya.

Comments

Popular Posts