obes nombor 1..

 

Malam tadi selepas merayau-rayau kejap kat seksyen 20. singgah la ke KPJ melawat Cik Fuza yang baru dapat baby boy Erfan. sedap nama tu. Nama-nama anak dia semua sedap-sedap. Tu pun siap col cik dulu tanya kut-kut  Fuza belum keluar hospital lagi.

Hannah nampak teruja lah dengan baby kecik. Cium berkali-kali. yang Si Che Mat pulak berkali-kali duk buat statement yang kepala baby ni kecik dari kepala Baby Qaseh. memang le nak oii!!! baby Erfan tu baru 1 hari usia dia. Yang baby Qaseh tu dah nak 7 bulan huhuhu.

Yang tak tahan tu Che Mat tanya masa nak balik rumah. Rumah baby kecik tu kat mana sebab dia nak datang tengok lagi wakakaka siap nak ajak gi hospital tengok baby. Adoii! budak-budak ni.

Memang baby ni sesiapa saja tengok akan jatuh kasih. Kekadang rasa macam tak faham dengan orang yang sanggup  buang anak bunuh anak yang baru lahir. Ye! kita tak tahu apa masalah dan emosi mereka watu tu. Tapi kemanalah kewarasan akal fikiran mereka waktu tu. Tak kasih kah mereka pada darah daging sendiri.

balik pada tajuk post.

sampai rumah dah pukul 9 lebih malam. Pak enchek belum makan lagi. Tanya dia nak makan malam ker sebab dah lewat. selalu dinner sebelum maghrib atau selepas maghrib. selalu tak lebih dari pukul 9mlm. Pak enchek kata siang td dia gi derma darah. Ada check berat. Dia kata berat badan dia dah obes 1. kengkawan yang lain overweight. huhuhu dia kata aku pun agak2nya kategori obes 1. Terus aku tak de mood nak makan.Tapi hidang jugak la sebab dah prepare food kan. Memasing makan sesenduk je hahahahaha.Insaf le sekejap tu. Tapi aku sure esok lusa tu mesti makan tak hengat. dah ratus kali kut kata malam ni LAST KITA MAKAN MALAM hahahahahaha...

Comments

Popular Posts