05 March, 2012

beg recycle IKEA vs beg baja

masa aku bergotong-royong menolong Che Nah ngan Che Mat mengemas mainan itu ari dengan guna beg recycle IKEA tu. Dah lama dah aku nak reveal kat blog sebenarnya. Dulu masa aku kat kampung gunung aku tu. masa kecik-kecik dalam darjah enam ke 13 tahun umur aku. Aku selalu tolong abah aku pergi membaja pokok kelapa sawit. Yer la siapa lg nak diharapkan dah le aku anak sulung. Pompuan ke lelaki ke tak terkecuali semua turun ke ladang.

Tau tak material beg recycle IKEA tu sama material dengan beg baja yang abah aku dapat dari felda tu.Aku tak tau la pulak material jenis apa  tapi memang sama. Serius cuma kaler dia putih dan tak le rupa macam yang ikea tu. Ada la aku berkata dalam hati hek eleh! beg guni baja ni yang IKEA guna aku masa kecik2 dlu siap sepak-sepak jer hahaha. tak pernah lak terpikir bole buat beg recycle kan. Tapi apa pulak nak direcyclekan beg guni baja tu tak safety. buat keracunan je nanti.

imagesCAN0GY8P

image hasil google.. memang mcm tu la keadaan dia dulu main campak-campak je kat ladang abah aku.

Selalu abah aku buang je guni2 baja tu tak pun simpan dua tiga helai buat lapik bahu untuk nak pikul buah kelapa sawit yang jatuh dalam gaung. Masa tu kalau tengok abah aku memikul buah kelapa sawit yang berduri tu dengan susah payah, menangis aku tengok.

kalau Pak enchik aku la yang spesis anak orang bandar ni buat keje-keje ladang, rasa mau dia pengsan seminggu tak bangun-bangun letih mengait kelapa sawit. mau berhenti keje ngan abah aku bg notis 24jam.

imagesCAGGB7VJ

20120223_211659

2 comments:

aliff muhammad said...

Kasihan Alang Man, kena kutuk kaw!kaw! Ha!ha!ha! :D

ImanAzyan said...

hahaha...
nasiblah kalau dah jenis org bandar tu kan..