05 March, 2012

Bluberry Cheese tart TERBAIK!

20120227_124814

Ini lah rupanya Cheese tart yang aku rasa tart paling sedap di sekitar shah alam ni. Lupa dah apa nama kedai yang jual Cheese tart ni. Tapi kalau ada yang berkenan boleh la cari kat kompleks PKNS shah alam. kedai dia dekat tengah2 tepi tangga dan berdepan dengan butik Avon.

Serius bagi aku lar.. cheese tart dia memang sedap. pantang  dia letak jer tray kat kaunter lepas bakar berebut orang membeli. selalu kena tunggu dia bakar tart dlu sebelum nak beli. memang ramai yang suka tart kat situ. Bukan tu je muffin dia pun sedap terutama la bagi aku yang  perisa vanilla tu.Dah lama dah kut kedai ni beroperasi. start aku datang s.alam merantau sekitar tahun 2000. sekarang dah nak masuk 12 tahun dah kut... tak tau lah kalau kedai tu lebih tua daripada itu.

Ni kalau pergi beli tart ni tak de maknanya nak beli sorang satu. paling sikit beli sorang 3 ketui. ko! ambik pelahap cheese tart. yang best filling chese tart dia dibakar sekali lagi dengan base dia. So filling dia x lembik macam sesetengah cheese tart tu. mmg la kalau dia sejuk filling dia mcm mengecut gitu kan. tapi rasa dia memang mabeles. TERBAIK! ko.

Tak mahal pun harga Cheese Tart ni seketul RM3.20 muffin dia RM2.50 tapi biskut coklat chip dia aku tak pernah try lagi. tapi may be sedap kut. Cuma yang aku buat terasa macam tak teringin nak beli tu packaging dia kurang menarik. Bole gitu aku assume biskut dia tak sedap. Nanti-nantilah aku cuba cookies dia. ekekekek ni kalau tiap2 minggu layan cheese tart ni mau rabak purse mak.

No comments: