15 March, 2012

cabut gigi…

 

first time in my life huhuhu

gigi geraham aku ni memang dah bermasalah masa pregnant kan Che Nah.  Tapi sakitnya tak la seteruk malam tadi. selalu on off je kira bole la tahan lagi sakitnya. Tetiba malam tadi denyut dia alamak aii! sampai rasa nak tampar-tampar muka orang. Pe kejadah nya sampai nak tampar  muka orang plak kan.. Hanya orang yang sakit gigi je yang tau perasaan sebenar hehehe

So, since aku ni memang penakut nak jumpa doktor gigi. Boleh! hari ni aku berkira2 nak gi jumpa doktor ke tak.. sudahnya aku pergi kerja jugak. Sebelum tu sempat la lagi google info pasal sakit gigi.. senang zaman sekarang ni apa-apa je rujuk google. Sib baik banyaklah blogger yang sudi kongsi pengalaman cabut gigi diaorang. Tetiba rasa cam berani plak nak gi cabut gigi. sementelaah gigi aku ni berdenyut-denyut dengan ganasnye. Terus minta gate pass kuar ofis dgn hati yang ada takut-takut lagi. nak-nak bila baca pengalaman mamat sorang tu (tak jumpa plak blog dia yag kena dikerjakan sampai 3 doktor gara-gara nak cabut gigi dia.)

Sebab aku ni tak banyak duit. Aku pergi je lah klinik kerajaan. Ni pun siap google dulu. Takut jugak tu dgr cerita cabut gigi kat klinik kerajaan ni macam-macam hal. Tapi mana ada cabut gigi tak sakit kan. Aku pergi jer Poliklinik seksyen 7  S.alam. Pendaftaran bayar seringit. Tunggu agak lama jugak sebab banyak orang. Tapi agak kagum gak la aku kan. Aku cabut gigi rasa tak sampai kut 10minit. masuk je dia inject ubat bius. duduk sekejap tunggu sampai pipi ke gusi ke aku tak tau la dah kebas, Tak boleh nak rasa dah. Terus dia godek2 gigi aku dengan forsep dia. goyang2 dua tiga kali gitu terus doktor tu kata dah siap. la cam tu jer. Senang lah pulakkan. Sebelum keluar sempat lagi minta MC hahaha. apa lah aku ni. Pas tu bayar seringgit lagi utk cabut gigi tu. kos semua Rm2.oo.

Masa drive balik aku pegang pipi ,dagu, bibir masa sentuh tak rasa apa. Aku ter-imagine lebih keadaan muka aku macam stephen chow dlm citer kungfu hustle.  scene lepas mulut dia  gelebeh yang kena gigit snake tu huhuhu.

pastu lepas balik dari klinik, google pulak lagi cara-cara pengajaan gusi lepas cabut gigi tu. So kira bolehlah guna cara-cara azie atau sini , akakkopi mana-mana cara yang rasa bersesuaian dengan diri masing-masing.Ada lagi blog lain tapi content nya lebih kurang sama je.

OK so, Hari ni selamat dah gigi aku.. kira pengalaman pertama aku cabut gigi BUKAN SCARY…Alhamdulilah. 

Benci aku bila pak enchik kata lepas ni gigi aku dah ronggak.. siap la dia malam ni.

No comments: