12 January, 2012

memoir of SK 7

Bagi pihak Che Mat.

Ada 2, 3 scene Che Mat kat Sk seksyen 7 yang dapat dikenang. Pengalaman di alam persekolahan darjah satu.

kisah pertama,
hari pertama bersekolah dia mengadu tak ada semangat, sebab kelas dia panas dan angin tak banyak katanye.. memanglah kelas dia tu ada dinding tiang yg lebar. Tingkap pulak ada 3 baris jer..memang agak berbahang la kelas dia. Aku pun bole tak ada semangat klu panas2 ni. keturunan darah panas hahahaha.

kisah kedua
Che Mat lebih suka kalau aku ambik dia balik sekolah lambat. Dia nak feel lepak2 kat tempat menunggu dalam kawasan sekolah sambil hye! hye! bye! bye! dengan kawan-kawan dia. Apa lar, patutnya lagi best kalau mak pak dapat ambik cepat.

kisah ketiga
Dia boleh makan cepat2 waktu rehat, dan naik ke kelas sebab nak main dengan kawan2...apakah!

kisah keempat
Tali tag nama dia terputus dan hilang. So, dia kata cikgu suruh mak dia yakni aku la buatkan yg baru. Tali asal dah hilang ntah ke mana. Disebabkan mak dia ni kan tukang jahit separuh masa yang berkaliber hehehehe dengan otak kreatifnya tu maka dijahitkan tali tag nama kaler coklat dengan corak yang attaractive. Konon2nya seni le tu. Sekali cikgu nye pesan balik nnt suruh mak tukar tali tag tu yea, sebab tak boleh pakai yg corak2 dan lain warna.hahahahha Hanya tali warna hitam kosong sajer yag boleh dipakai. hahahah ambik ko..mak tak sedar diri.lol
Nak berkreatif tak mengira tempat.

Kisah kelima
Ada hari bapak dia pergi ke sekolah sebab nak maklumkan pertukaran sekolah. Bapak dia kena tunggu la sekejap.Sebab cikgu kelas tak de dlm kelas, ada meeting.Sementara menunggu tu dia intai2 le kelas Che Mat ni. nampak ada cikgu seisi pagi yg belum balik lagi, sesekali masuk tengok-tengokkan murid2 dalam kelas. Bapak dia dengar cikgu tu kata jangan buat bising dalam kelas dan...bla..bla..bla.. byk lg la cikgu tu pesan. Belum pun cikgu tu abis angkat kaki keluar kelas, riuh rendah budak-budak ni bising...hahahah nama pun budak2 kan. agaknye cikgu pun dah lali dengan peel2 budak darjah satu ni. Fuh! siap ada yang main kapal terbang kertas, masing2 puji memuji la hebat bagai...ekekeke kelas dia kat SK seksyen 7 ni, perempuan 2, 3 org jer yg lain semua lelaki. maunye tak gamat kelas.


Apa-apa pun SK seksyen 7 ni memang environment sekolah dia best sebab kawasan dia luas, lapang. Kategori sekolah baru memang rasa selesa. Tempat anak2 menunggu bas sekolah pun panjang dan selamat. Cuma nak parking kerete je bermasalah klu nak ambik anak balik sekolah. padat giler ditambah dengan jammed nye. lepas ni  tentu Aku akan merindui saat2 jammed itu ekekeke. no..no.. tak mau lg menempuh saat2 manis itu.

SELAMAT TINGGAL SK SEKSYEN 7... moga jumpa lagi kawan2 di sana dikemudian hari.

2 comments:

leeya abdul said...

hahhaaa.. seronok bila dgr pengalaman sekolah anak2 kan.kan. hari2 ade je tak habis2.. sementalah anak2 dh tingkat menengah, asyik la derang ni puji SRK jauh lg best dari SMK. almaklum benda baru.. lg pun yg lama tu kan melekat di hati. nek ssh nak buang mcm stain kat baju derang jugak kan.kan. ngeeee [emak dia tumpang kuis2 kenangan silam di sekola la kan]

ImanAzyan said...

rindu sebenarnya zaman sekolah ni. biar dia ada kenangan yg bole di kenang bila tua nanti hehehe. mcm kita2 hehehehe. tempat pertama belajar tu mmg melekat di hati. Che Mat ni yg hanya sekolah seminggu kat SK sek 7 pun dok compared ngan sekolah skrg. hahaha