04 January, 2012

Afiq dah pakai seluar biru….

Pejam celik pejam celik , Che Mat dah tujuh tahun dah tahun ni. huhuhu aku rasa macam sekejap benor. Dilema jugak la bila Che Mat dah darjah satu ni. Rasa nak berhenti kerja makin meruap dah ni. Permulaan ni Che Mat sekolah di SK seksyen 7. Mungkin nanti kena tukar ke seksyen 16 atas sebab masalah transit.

Tapi dilema jugak la aku ni. Che Mat suka dah dengan sekolah seksyen 7 ni. Tapi darjah 1 kat sini seisi petang. Susahlah utk aku nak uruskan dia klu nak teruskan bersekolah kat sini. Nak hantar sekolah agama waktu pagi siapa plak nak uruskan dia. Nak ambik kelas KAFA malam kesian plak mesti penat nnt.

Tak pe lah.Harap2 Che Mat tak patah semangat bila bertukar sekolah nanti. Lagi pun masih baru lagi kalau nak tukar sekolah. Dia ni senang berkawan. Harap-harap semuanya OK nanti.

Orientasi 2hb tak banyak masalah Che Mat ni. Happy jer gi sekolah. tak de banyak kerenahnya.

20120102_105242

Balik dari orientasi terus layan game dia.

Pendaftaran 4hb pun dia ok jer. senang tak meragam.Tapi aku ni kejam gak ler tak bagi duit belanja kat dia. Sebab aku dah bekalkan makanan semua. Dia kata nak beli air milo tapi tak de duit. hahahahaha esok lusa la aku bagi dia duit poket.

20120104_124843 berbaris ikut kelas..kelas 1 Fitrah. Masa ni kakak (anak ustazah) tempat dia mengaji Iqra datang cari. Gigih dia nak jumpa Afiq. Bagi semangat gitu.

 

20120104_124954

20120104_124927 lepas ikut dan tengok kelas dia. Terus kitaorang balik. Cikgu dah pesan bagi kepercayaan kat guru dan anak untuk belajar. Tak perlu bersidai di tepi kelas.

Balik jer aku terus check bekal makanan dia. hahahaha risau anak tak makan. Alhamdulilah dia pandai makan bekal kat kantin. Dia kata makan kat pondok. haahaha aku tak sempat nak melawat kawasan sekolah, ada pondok ke kat kawasan sekolah. Hari ni dia kata cikgu tunjukkan toilet, kantin, mengira dan mewarna.

2 comments:

lina said...

hensem sungguh che mat dgn uniform sekolah diaaa

mama hani said...

comelnya..... (^-^)