21 September, 2010

kucing dan aku

Aku dengan kucing ni memang pertalian yg macam air pasang dalam.Sangat la berlawan sifat dengan pak encik.Pak encik lauk di pinggan pun bole disedekahkan pada kucing gelandangan klu mkn kat gerai.

pernah pak encik request nak bela kucing kat rumah. huh! tak de makna nye rumah 8 tingkat aku ni nak bela kucing. tak sesuwei!!! lain le klu berumahkan laman nan sekangkang 2 kangkang kera. anytime bang oii!. masa baru2 kawin, pernah le aku menyewa kat rumah teres. Asal ada makanan lebih je, mesti dipanggilnye kucing2 belakang rumah jiran buat open house. sampai ada 2 ekor kucing yg tetiba je dah menetap kat tepi rumah aku. Mmg cantik bulu dia manja plak tu.Disebabkan time tu aku tgh peknan tak berani le aku nak bermanja2 ngan kucing ni.

Masa peknan sulong tu aku cukup suka mkn udang goreng kunyit. tp tang kepala ,kulit, ekor tu aku kopek dan tumbuk lumat2 gaul dengan nasi bagi kucing2 unofficial pak encik ni mkn. Pak encik yg request sebenarnye. sebab belum ada anak lg kan aku layan je la bg mkn kat kucing2 tu.sekor dr kucing tu tgh bunting masa lepak2 kat rumah aku. Tau2 je kucing ni plak beranak dlu dr aku. Dapat la 2, 3 ekor anak angkat plak. tp disebabkan kucing ni kategori ibu muda tak pandai nak jg anak abis sekor mati dan selebihnya aku tak tau sapa dah rembat. tau2 je dah hilang.ke mati jugak!aku tak tau apa nasib 2 ekor kucing ni lps aku pindah.


Dok kerana rajin melayan kucing2 ni sampai mcm2 binatang pun nak dtg rumah aku. duduk koner lot kat tepi semak belantara stended le kan. kalu waktu mlm mcm2 bunyi aku dengar.Sampai satu mlm tu nak buka pintu pagar subhanallah anak anjing pulak duduk landing elok kat depan pintu rumah. Hah! ko gamat taman tu tgh2 mlm jiran2 duk tolong aku alihkan anak anjing tu. Pak encik plak tak de keje shift mlm.Jenuh pg tu pak encik samak segala lantai pintu rumah adanye.  

sejarah kucing dengan aku dah lama terpadam.. sejak aku berumur 10tahun. itu la last bela kucing. Menangis bagai nak rak kena paksa pegang kucing atas motor sebab abah nak buang kat pinggir ladang kelapa sawit. Sudahnya sampai sekarang aku tak ada rasa mcm nak bela kucing. 

walaupun aku tak berapa suka kucing. Tapi aku suka sangat buat kucing2 mcm kat bawah ni...dah berekor-ekor dah aku buat ada yg dijual dan ada yg dihadiahkan kat kengkawan..

 

PIC_0297

 

yang terbaru black cat versi ni ada ekor la pulak.. untuk Si Akif yg sambut besday sama tarikh sama tahun dengan Che Mat cuma lain bulan jer..

No comments: