13 July, 2010

kek masam manis

 

IMG_0454

Bahan-bahan

1/2 kati biskut marie

10 biji telur ayam

1 buku butter cup

2 gelas gula pasir

1/2 tin susu pekat

2 camca baking powder

asam manis secukupnye.

cara-cara

- biskut marie dikisar halus dan campurkan baking powder

-asingkan & pukul putih telur dan kuningnya berasingan

-pukul putih telur dengan gula pasir sampai kembang

-masukkan kuning telur dan pukul sampai kembang

-masukkan esen vanila

-pukul buttercup sampai kembang dan masukkan susu pekat ke dalam adunan buttercup tadi

-masukkan telur yg dipukul tadi sedikit demi sedikit sehingga habis.

-masukkan biskut marie kacau hingga rata dan bahagi kepada 2 bahagian.

-ambil 1 bahagian adunan kek dan masukkan pewarna (jika suka) kukuskan selapis demi selapis bersama asam manis hingga habis.

-kukus setiap lapisan selama 10 minit.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

resepi ni aku salin bulat2 dari mulut senior kat production. Cer perhatikan biskut marie tu di sukat guna kati hehehe dan gula yg di sukat menggunakan gelas...

sebenarnya kek ni dah lama dah aku buat saja je review resipi ni. Takut nanti kertas kotor yg aku guna salin resipi ni hilang sekali lagi. Ni pun terjumpa masa buat 5S kat kotak2 buku ptg td.

Yang bole tertarik buat kek ni sebab dia guna biskut marie gantikan tepung gandum. rasanya mmg sedaplah tp berpeluh2 mengukus kek nih.. tak sanggup nak buat lapisan nipis2. dah macam kat bilik sauna dah rasanya.. harus setahun sekali je kot buat kek yg kena kukus nih.

No comments: