21 July, 2010

Apakah!!!!

semalam  buku coloring che mat yg bapaknya belikan kena ambil dengan cikgu kelas dia.

Aku dengar2 jugak malam sebelum tu, bapaknya dah pesan jgn bawa pergi sekolah tadika, takut berebut dengan kawan2, nanti cikgu marah pulak. Pesan bapak nya bersungguh2.. klu nak bawa jugak tinggalkan kat rumah ibu (pengasuh) je. Berkali2 bapak tu mengingatkan Che Mat.

tup..tup ptg semalam dlm kereta otw nak balik rumah. Che Mat cerita kat aku. Colouring book Thomas and friend yg bapaknya belikan kelmarin, kena ambik dengan cikgu kelas dia.Dah lah malam tadi che mat menangis minta buku colouring book tu. Mana aku nak cari, ptg td dia sendiri cakap buku kena ambik dengan cikgu dia.

aku tanya jugak le kat Che Mat, pasal apa yg dia bawa buku tu ke sekolah tadika dia. Sebab bapaknya dah berkali2 ingatkan malam semalam.
Che Mat diam jer.. aku tanya lagi kenapa cikgu ambik buku dia. Pun Che mat diam jugak.Tak kan lah cikgu tak bagi tau sebab kenapa cikgu ambik buku tu.. mesti ada sebabnya, berebut dengan kawan ker aku tanya.... Che mat diam je dah sedih, ada riak2 nak banjir dah aku tengok. Tak tahu lah apa yg dia fikirkan time tu takut nak mengaku kesalahan dia dlm kelas ker atau mmg dia tak de jawapan pada soalan2 aku.Aku pun usap kepala dia dan pujuk suruh ambik saja colouring book yg lain kat dalam bilik dia.

Nasib baik jugak le bapaknya tak marah kan Che Mat. Dah tau dah budak2 klu dah ada benda yg dia suka mesti nak share2 tunjuk kat kengkawan.

Pg ni aku suruh bapak dia col cikgu che mat tanya sebab musababnya. Sementelaah henset aku kehabisan bateri.klu tak mmg aku nak jugak dengar sendiri apa sebenarnya yg berlaku dari mulut cikgu dia.

Kesian pulak kat anak aku, dia memang minat bab2 mewarna ni. Tak salah la klu ibu bapa memberi sedikit dorongan belikan buku mewarna yg dia suka. Tapi alkisahnya dah kena rampas la pulak.. apa salahnya pulangkan semula lepas habis waktu sekolah. Dan terangkan sebabnya klu tak bole bawa buku persendirian ke sekolah.

Tak sabar pulak nak dengar penjelasan dari cikgu...

1 comment:

aliff muhammad said...

kesian Che Mat :). Pengajaran bagi dia nie.