20 January, 2010

Jemput-jemput lobak.

 

malam tadi Hubby ada buat jus lobak untuk anak-anak.. Jus lobak ni boleh menambahkan berat badan anak. so, dengan gigih nye dia buatkan untuk si Hannah & Che Mat. Disebabkan sisa ekstrak lobak agak banyak. aku pun gunakan sisa tu utk buat jemput-jemput.

IMG_0569 Jemput-jemput lobak.

Bahan-bahan yang di tambah dalam adunan;

tepung gandum
daun sup
ikan bilis
garam secukup rasa
eno.(guna eno utk lembutkan adunan)
esen vanila
bread crumbs (kaler putih)

boleh juga kalau nak letak;
telur
baking powder

*letak lah apa-apa bahan pun, ikut citarasa anda atau barang2 yg ada di dapur anda.

Cara membuatnya;
senang saje, campurkan semua bahan dan gaul dengan tangan serta air secukupnya.

Kenapa saya kata gaul dengan menggunakan tangan. rahsianya:al maklumlah air tangan isteri/ibu ni kan ada power.dah tentu akan membuatkan anak2 serta suami lebih mengingati masakan kita. itu jer hehehehhe menambahkan kasih sayang, tak gitu.

bahan-bahan ni dah memang tersedia ada di dapur. mix saja la kan.

klu untuk kanak-kanak 1 hingga 3 tahun tak perlu letakkan garam. Rasa manis lobak sudah cukup memberi rasa. adunan lebihan untuk gorengan terakhir bolehlah di tambah garam untuk mak pak yang nak makan. Tetapi pastikan jangan tersalah bagi gorengan untuk orang dewasa pada kanak-kanak .

pada yang singgah ke blog hamba nih! selamat mencuba ya tuan-tuan dan puan-puan. menu ringkas dan bersahaja.

 

1 comment:

Anonymous said...

Bagus la..aku pun nak cuba lerrr -syam