16 April, 2009

Eksperimen

Lewat March ni stok EBM aku agak kritikal dan hanya cukup2 makan saja adanye. Maka dengan itu aku pun memulakan sesi ujikaji aku untuk mencari makanan yg serasi utk boost kan BM aku ni.Eksperimen ni dibuat bersama rutin pemakanan harian aku yg x melupakan sayur hijau, nasi, buah and try minum air sebanyak yg boleh.

Eksperimen pertama

Aku cuba makan buah kurma.Hasil nye so-so. Bole cecah 180ml untuk 1 seisi perahan.. tp aku cuma bole perah 2 kali je time office hrs,kang bos aku question plak asyik hilang je.. kang jd issue .Time ni mmg happy x terkata tp hasil perahan x consistent .aku makan buah kurma utk satu minggu.

Eksperimen kedua

Next week tu aku try minum air logan kering plak selama 1 minggu. hasilnye lebih kurang sama ngan eksperimen pertama. stop minum longan ni..try yg lain plak.

Eksperimen ketiga

Untuk minggu ke-3. Minum susu soya Melilea added with honey..emmm mmg yummy!! hasil permulaan ok bole dpt 180ml – 200ml sekali perahan. nampak sinar harapan kat situ. Perasaan pun berbunga2. Tapi x tau kenapa hari ke 4 perahan hanya sekitar 120ml –160ml sekali perahan.Emosi menggangu penghasilan susu may be.. sbb minggu ni agak tension ngan ofisphere aku.

EKsperimen Keempat

Breakfast ngan roti bakar sapu ngan butter . Stop minum susu soya kejap sbb lupa nak top up stok dlm bekas tupperware (beli kat Che Fid hehehehehe) kat ofis.. Nak bancuh pagi2 kat rumah x sempat. Hasil nye so-so jugak..

Eksperimen kelima

Sekarang ni

minum balik susu soya Melilea (2 times/day)

+ roti bakar with butter

Minggu ni nak try mkn peria n sup lobak putih lak untuk mkn malam.

BERANI UNTUK MENCUBA!!

No comments: