03 July, 2013

Family outing ❤ Miniputt golf.

sebenarnya dah 2 minggu lepas kut pergi ke sini.
main-main golf dalam mall kekdahnya.
tempat ni tak lah besar sangat.
ada 18 lubang golf yang disediakan.
ada jugak tempat untuk lepak dan minum-minum.
Tapi dalam freeze dia cuma jual air kosong dengan air 100 plus je.
hahahhaa kalau bawa air dari luar boleh kut.
tak tanya pulak hari tu
excited sangat nak main golf le kunun.

Bayaran:
Dewasa : RM20
Remaja : RM15
Kanak-kanak : RM10

kira tak la mahal sangatkan.

tapi disebabkan SIL dah beli voucher tak sure dari groupon ke living sosial.
So, dapatlah Rm15/2 pax.
sangat berbaloi kut.
cuma added untuk 2 orang budak kecik tu je.

Yang Che Mat tu mula-mula jual mahal.
malu punye pasal.
Jenuhlah mengajak dia main, boleh dia kata tak nak.

Sekali dia tengok mak ngan Ateh dia main.
Last-last dia pulak yang terlebih-lebih.
Boleh pulak dia shot 3 holes dengan sekali pukul.
Pastu berkali-kali cakap nak datang lagi hahahahha
lawak-lawak..

miniputt golf ni dalam Citta Mall Ara Damansara.
level 1.
Sesiapa yang nak bergumbira bersama keluarga bolehlah terjah ke tempat ni.

20130622_135335

20130622_123322

20130622_123719

adik dia dengan bangga cerita kat bapaknya. Yelah bapaknya tak join sama. Rajin benor nak overtime kan. Dengor anak bercerita je la. Che Nah kata semua lubang pun dia dapat masukkan bola golf tu. hahahaha memang la boleh masuk, kalau dah letak bola golf tu betul-betul kat tepi lubang . Gigih betul member kat bawah  nih berminiputt  (^_^).

20130622_124723

20130622_123706

memasing mengharap bola masuk lubang ekekeke!

No comments: