03 May, 2011

Pesta buku 2011

Sampai di PWTC dah nak pukul 2 petang. Bersusun kereta nak park di parking kereta bertingkat seberang PWTC. Dari dalam kereta aku tengok punyalah banyak manusia. Wah! dalam hati aku cakap Bagus! kiranya rakyat malaysia ni jenis membaca buku jugaklah yea.

Sebelum masuk  dalam pwtc, pekena aiskrim kon dan aiskrim roti dulu. Sambil tu, mata melilau tengok sekeliling. Aku tengok orang yang datang tak banyak pun beli buku. Ni kalau tak disebabkan buku dah banyak habis kena borong atau diskaun tak berapa nak ada. Sekali aku masuk level ground floor dia, mak aii! berjembek manusia. Buku tak nampak dah yang nampak cuma perut-perut manusia berkerumun sana sini. Anak-anak aku pun dah mula naik ragam.. mana tak nya ,sandal dia asyiklah tercabut dilanggar manusia-manusia yang rakus mencari buku.Cari je lebih beli tak jugak aku tengok. Macam aku le tu.

Dalam pada tu sempat jugaklah aku buka buku akaun tabung haji. Murah gila ko! rm2 je sorang kena bayor.Seisi famili aku daftarkan. Dalam hati cakap ala baru lapan hinggit. ceh! apa la aku ni.Ni nasib baik diaorang buka meja kat sini, kalau tak ntah bila-bila la aku nak buka akaun tabung haji. sampai kesudah le berangan nak gi tanah suci yer dak.

Berjam-jam turun naik eskalator, ni jer yang aku sambar.. Apakah!

 

P5030853 

yang penting! nak recall balik skil lipat melipat aku masa kecik-kecik dulu. Macam-macam benda boleh lipat, kapal terbang, bunga, kamera…apa lagi. Kalau main pondok-pondok tu habis daun kelapa kena kerja. Buat jam, rantai, head band. Dah macam majelis kawin orang india dah tarafnya. budak-budak sekarang?

No comments: