Hotaru no Haka

(/ _ ; )クスン

sangat mengharukan. Aku tengok anime dia tapi Cik tengok live action movie.

Hotaru no Haka  (The grave of fire flies)

anime keluaran Ghibli studio. Asal keluaran studio ghibli  je memang akan aku beli. sebabnya kebanyakan citer anime dia banyak nilai-nilai kekeluargaan, persahabatan dan kemanusian yang baik untuk ditonton seisi keluarga. citer anime dia pun banyak kisah-kisah era zaman aku membesar.

Aku beli Collection DVD Ghibli studio  lebih kurang lapan tahun lalu masa tengah bercouple dengan Pak encik. Beli kat mid valley, kedai pun tak ingat apa nama dia tapi kat level food court sana. Siap share tu bayar sorang separuh. punyalah bajet. Masa tu tinggal satu unit tu jer. Pak encik kata masa dia kat korea/jepun masa kecik2 dulu, derang siap tape anime Nausicaa the valley of the wind. Aku pulak suka citer sprited away. Masa tu tengah hot citer tu. Tu yang beriya beli.

Kira DVD yang aku paling sayang la dan dijaga dengan baik. Tapi Che Nah dah buat calar kat sekeping DVD citer Totoro huhuhuhuhu. Kes tak sabar nak tengok dan konon-konon nak pasang sendiri kat DVD player. Siap ambik kerusi kecik pergi cari DVD ni kat rak TV.Alahai!

Sekarang ni Che Mat ngan Che  Nah pulak suka tengok anime ghibli studio macam Tonari no Totoro, porco rosso, laputa (castle of the sky), pom poko. Semua la derang suka sampai kalau boleh hari2 nak tangok DVD tu.

Dalam banyak-banyak citer tu paling aku tak boleh tahan anime Grave of fire flies. Menderu-deru air mata aku ko. tak nak la aku tengok lagi. Sungguh menggangu emosi aku hokey! tak boleh nak cakap la memang sedih.. cer korang tengok.Tengok jangan tak tengok.

Comments

leeya abdul said…
sayang gak airmata ni nak menengok cite tu.. hurrmmmm rugi pulok kalo tak tengok!
ImanAzyan said…
jumaat ni bole je klu nak tengok. nnt yan bw dvd nye.klu sanggup berendam air mata huhuhuhu

Popular Posts