05 May, 2011

makan

Semalam aku pergi restoran dekat dengan tasek seksyen 7. Semata-mata nak cari nasi ayam. Malas nak pergi juah-jauh,lagi pun dah nak maghrib. Pergi masuk restoran dhuha ngan Che mat ngan Che nah. Duduk terus minta menu konon-kononnya lah. Padahal dah tau dah niat datang nak beli nasi ayam.

Aku order nasi ayam, pelayan kata tak ada. Nasi kukus ayam berempah saja ada.Aku tengok kat kanopi dia ada tulis nasi ayam. Order mee rebus plak. Mee rebus pun tak ada kak. oh! tak da ekk. Oklah minta saya mee bandung 1, bungkus yer. OK yang ni ada katanya. Nasib baik ada. kalau lah tak ada jugak, nak je aku kata sila bungkus kedai. Tengah lapor ni bahaya naik darah aku karang. tunggu dlm 10minit gitu. Dah siap pergi singgah kedai makan Le Lac plak.

Tengok ada jual nasi ayam. OK tanya harga dulu berapa ringgit. Pasal sebelah dia ada Pak Hailam. Nasi ayam dia, rasa memang not bad tapi rm9.90 sepinggan kalau nak beli 3 pinggan/bungkus dah berapa tu aku nak kena bayar. Aku malas lah nak beli kat situ, baik aku beli ayam sekor lepas tu masak nasi ayam kat rumah. Masalahnya aku malas nak ke dapur malam tadi.

Sekali keluar nyonya mener tanya aku nak berapa bungkus.. aku terlopong jap. mata melilau tengok dinding restoran tak nampak tanda Halal plak. Tapi meja makan ramai yang bertudung tengah sedap menjamu selera. Err! kejap yer. aku pun cuba tanya kat pelayan yang lain dia ni cina muslim ke hapa? derang cakap ntah derang pun tak tau. Aku dah was-was dah.ermmm!… tak per lah i cancelled order. So, mlm tadi kitaorg makan malam pisang goreng, nugget & sotong ball. chop! aku makan mee bandung MUAR katanye tapi rasa macam mee tomyam udang. Banyak jugak la udang dia  taruk. Ke mee udang banjir yang dia cuba nak bagi kat aku ni. krisis identiti plak mee bandung dhuha ni.

No comments: