Tutorial la sangat!!!

Tahun lepas masa aku jalan2 kat I0I mall.. terpandang le aku kat kain army

ni… time tu main beli je tak pikir pun nak buat apa dengan kain tu..

tup!..tup! 2 , 3 menjak ni pak enchek order beg jerut untuk isi full face

paint ball dia.

jenuh jugak le mula2 tu pikir nak guna kain apa.. tak kan le jahit gambor

doreamon plak kan. kot klu nak pedajalkan  pak enchek bole jer heheheh

korek punye korek storage box.. jumpa jugak kain corak mat terap ni.

Tapi, bila di kenang2kan waktu memotong kain ni, rasa cam rugi plak aku

tak beli banyak hari tu.

beli semeter jer…kekonon budget sesangat le time tu..

 

untitled

hahahahahahaha…. beg jerut datang lagi!!!

permintaan pak enchek tidak berakhir di situ.

nak minta aku jahitkan bandana plak…

aku tiru je bandana che mat…

mula2 tu confident jer aku ukur kepala dia nak ambik measurement.

tapi rasa cam failed jer kan.. terus aku kopipes je la ukuran dari topi

adidos dia je.

 

P1300585

 

bandana.bmp

tutorial la sangat gambar yang kat atas tu yer!!!

cara menjahitnya tak sempat nak letak.

kena lah guna imaginasi 8 tingkat di situ.

 

disebabkan ada lebih kain.. aku jahitkan plak pensil pouch untuk che mat.

dah 2, 3 kotak pensil jahanam… nak tak nak aku suruh je dia guna ni.

ikutkan dia memang tak nak.. sebab tak ada gambo transformers kat situ.

Biasa la aku kan mak… guna kuasa veto la apa lagi!!!

 

P1310587

macam aku pun nak jugak bila dah siap mcm ni…

Comments

Anonymous said…
Puan,
saya b'minat untuk menempah 1 bandana seperti yg telah dilampirkan di dalam blog Puan. Namun, saya ingin m'buat sedikit p'mintaan dan perubahan sekiranya dipersetujuan oleh pihak Puan.

Untuk bahagian tengah (1 keping) saya berhajat untuk ditukarkan dengan kain jenis jarang-jarang (netting) untuk sedikit pengudaraan. Warna yang saya fikirkan adalah diantara warna hitam atau hijau gelap.
ImanAzyan said…
Cik/En Anonymous,
saya sebenarnya tidak ada fabrik netting seperti yg cik/en inginkan.
Dan tidak pasti di mana untuk dapatkan fabrik tersebut.
sekiranya cik/en bole sediakan. InsyAllah saya bole tolong jahitkan.
Unknown said…
Puan,
insya'allah saya akan sediakan mana2 material yg saya cadangkan berserta ukurannya sekali..
saya juga ada beberapa tambahan & permintaan lain sekiranya Puan ok..

kromosom8
ImanAzyan said…
Ikma,
InsyaAllah... tapi tak kisah ke suruh saya buat hehehehe. saya ni tak le pro sangat menjahit ni.
Tapi itu ari masa saya cari kain corak army tu dah tak de stok le plak. kena terjah kedai lain plak le pas ni.
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
Puan,
adakah terdapat jenis material yg tertentu & sesuai untuk bandana? jenis material kain corak army tu dr jenis cotton ke? Jika tiada stock, saya akan cuba terjah di kedai2 yg berhampiran jika ada..
ImanAzyan said…
Ikma,
kain yang saya guna tu dari jenis kain cotton.Last time beli kat kamdar je. Tu la beli semeter je waktu tu.Tp ada jugak dari jenis kain kanvas. Cuba la melawat ke kedai kain yang lain macam nagoya ker.

Popular Posts