11 October, 2010

KAS-tat

Nama glemer bagi tat kastad. yo-yo-oo jer kan.. tak de makna nye glemer perosak bahasa ada ler.. pepandai je short form kan nama kuih-kuih ni kan…

Base tat ni aku guna resipi cam kat entry dulu yg buat tat gulung kurma. click sini. Cuma kastat filling tu aku ambik kat majalah rasa thn 2006 klu tak silap. siap ada chop buku perpustakaan sekolah asmkafb lagi…

filling kastad nye tersangat la mudah ya amat bagi org mcm aku yg tak berapa pandai masak ni kan. banyak2 resipi guna thickened cream lah..susu segar lah.. semua2 tu susah aku nak buat stok kat rumah. tak tahu selalu guna al-kekdahnya.

Bahan-Bahan

filling kastat (mengikut resepi dlm majalah rasa)

1 tin susu cair

1 tin air ( sukat guna tin susu cair yg korang beli tu)

2 sudu kecil esen vanila

4 sudu besar tepung kastad

100g gula pasir.

** kalau nak taruk telur 1 biji & perahan lemon pun bole tp aku tak suke telur.

cara-cara;

satukan semua bahan dlm periuk kacau bg tepung larut, baru tenggek di atas dapur dan masak dengan api sederhana. kacau sampai pekat. Pekat tu dalam erti kata ikut suka hati korang lah nye.

 

P9221051 ni base yg telah di bakar pada suhu 180 celcius selama 30minit gitu!!

 

P9301081 ni le rupa tart aku yg telah diletakkan filling kastat. masa ni tak beli filling bluberri lagi klu tak lagi mengancam ko..mabeles

 

PA031103 kalau agak2 filling kastat tu ada lebih. ambik puff pastry jenama kawan ni. belah dua. dan bakar

 

PA031104 bakar le dlm 20 minit suhu yg sama gak le 180 celcius.. jangan terlampau garing sangat kang jadi cam keropok plak bila kuar dari oven. cam no nak taruk filling klu dah hancur kan..tak dapek den nak nolong ngeh!

 

PA031106tadaa…pastry tu belah kat tengah2 dan sudukan filling kastad kat dalam puff.sedap dimakan bersama kengkawan opis mak encik.. menjilat jari uols.

No comments: