06 March, 2013

Sungai Bil, Slim river.

Sungai oh! sungai..
masa wedding adik perempuan teman hari tu, sempat la menyinggah kejap bawa budak-budak pergi main air di tepi sungai Bil. Rumah adik ipar bersebelahan dengan sungai.
Ni kalaulah rumah abah teman yang berada di sini. Kompom dua beradik tu terjun sungai aje dari pagi membawa ke petang.
Sebelum ni dah pernah bawa diaorang piknik kat sungai Bil. Tu yang bila cakap nak pergi rumah Pak Lang Jijan. Memasing laju jer. Nak mandi sungai la katakan.

20130217_140615

ni yang bahagian bawah dan landai. sesuai untuk anak2 kecik nak mandi.

20130217_140809

Tak sempat nak mandi, Nak cepat balik S.A. main air jer buat hilang kempunan. Sungai Bil ni jugak adalah kampung Mazidul Akmal Sidek.

Tahu tak kome sungai atau air terjun sangat banyak di negeri Perak.
memang kalau nak berpiknik kat tepi sungai,
banyak pilihan kome weh.
meh kita senaraikan sungai-sungai yang ada di Perak.
Masa kecik-kecik dulu memang puas mandi sungai ni.
Takat Lata kinjang tu dah puas dah kitaorang melepak. Kalau dari highway utara selatan boleh nampak air terjun Lata Kinjang tu. Cantik.

antara sungai yang kita pernah terjah;

Sungai Bil, Slim River
Sungai Klah, Sungkai
Lata Kinjang, Chenderiang
Lata Pongsu, Sungkai (selalu camping pengakap ni)
Lata Iskandar, jalan ke Cameron Highland
Lata ulu Chepor,Jelapang
Lata apa ntah nama dia kat area tanjung rambutan.jln nak masuk ke Maktab perguruan

Sungai-sungai yang dikatakan senang nak di akses;
Lata ulu kinta,Ipoh
Air terjun batu berangkai, Kampar
Air terjun bukit Jana, Kamunting taiping
Air terjun buntong, Ipoh
Air terjun Gepai, Bidor
Air terjun Geruntum, Gopeng
Lata Batu Pecah, Manong Ipoh
Lata kekabu, lenggong
Lata perahu, Kuala kangsar
Lata Tebing Tinggu, Selama
Lubuk Timah, simpang pulai
Papan cascades, Ipoh
Air terjun salu, kampar
Air terjun Sinju,simpang pulai ke cameron highland
Air terjun Tupai, Taiping

Sungai-sungai yang dikatakan agak sederhana untuk di akses;
Air terjun air hitam, Batu kurau
Air terjun belum, Gerik
Air terjun Chelik, simpang pulai ke cameron Highland
Air terjun Damak, Ulu Geroh Gopeng
Air terjun kamunting, Taiping
Lata Tanjung Kala, Gerik
Lata yuk, Chenderiang
Lon Rapids, Sungkai
Bukit Larut, Taiping
Air terjun tebing tinggi, antara selama dan lenggong
Air terjun Trong, Trong

Sungai-sungai yang dikatakan susah nak di akses;
Lata Puteh, Antara selam dan Lenggong
Air terjun strata, Tanjung malim
Air terjun Tibang, Ulu slim
Air terjun Tigok, Pos Gedong Bidor.

banyak rupanya air terjun yang aku tak pernah pergi.
kebanyakan nama sungai-sungai yang ada di perak suka letak nama Lata.
apa maksud Lata ni yek. meh selak kamus.
lor, Lata tu maksud dia air terjun. Cis! baru la Pah bedah tau.

cuba tengok keindahan air terjun / lata kat link ni

kalau berkunjung ke negeri perak tu,tanyalah sedara-mara kut-kut boleh menyinggah ke sungai-sungai seperti di atas tu.

2 comments:

Kuazue Mohd said...

wah byk nor sungai nyer....bila lah nak terjah ni..klu muda belia..sure sampai dah...

ImanAzyan said...

itu le, jenuh mandi sungai. hehehe kalau pergi sungai bil ni tak la padat sangat . sebab orang luar masih tak tahu lagi.