Iftar ramadhan 2012

Minggu terakhir ramadhan 2012 bersamaan 1433H

Ada lagi 2 hari untuk countdown cuti raya. Tahun ni persiapan sangat ala kadar. baju raya beli untuk anak-anak saja. Mak pak kena la bukak almari cari baju yang 3 , 4 tahun lepas punye untuk recycle. Harap-harap ukur lilit pinggang tak tersasar hehehehe.

Biskut dan kiuh muih raya pun ada la 2, 3 jenis semua main tunjuk-tunjuk jer. Yang rajin beli pun Pak enchik, citarasa biskut pun ikut tekak dia jer la.

Ok, bab persiapan material dah settle dah berkadaran dengan poket kecik yang lobang berpuluh. Nak review bab ibadah pulak..
Serius ramadhan tahun ni sangat cepat aku rasakan. Tak banyak yang dapat aku manfaatkan untuk menambah saham di akhirat. Sangat-sangat sedih kerana masih gagal mengatur jadual harian untuk lebih menambahkan amalan sunat di bulan mulia ini. Memanjatkan doa yang berpanjangan moga di beri rahmat dari yang ESA untuk mendapatkan Jannahnya.

Ramadhan kali ni jugak pertama kalai beriftar bersama-sama ofismate yang rata-ratanye dah resign dan bakal resign. Kira batch kali ni yang paling banyak muslim dalam group aku. Beriya budak-budak ni collect duit suh masak-masak. Siap si nuyyu ngan masyu dok bukak youtube nak lipat samosa hahaha janji pukul tiga nak melipat last-last pukul 4 ptg baru nampak muka Smile with tongue out

entah bila la diizinkan Allah S.W.T untuk kami berjumpa lagi...Yang pasti kenangan akan sentiasa dalam ingatan.

20120805_210721
20120805_210605

menu iftar ni masak rendang ayam, ketupat segera, sayur lodeh, nasi minyak, cocktail buah-buah + kastad dan air bandung soda. Tak lupa samosa kentang, dan pie tee.

Comments

Popular Posts