13 August, 2012

Apa nak jadi...!

Apa ke hei le aku minggu ni. Tak tahu la apa yang aku dok fikir-fikirkan sangat.

kes 1
Tak pernah-pernah aku  terlajak drive ke tempat kerja sampai nak terbawa anak aku sekali.
nasib baik la belum jauh lagi mengelamunnya. klu tak jenuh aku nak patah balik ke rumah pengasuh anak-anak aku tu.
Elok-elok aku nak masuk roundabout ketiga, aku terpandangkan Che nah kat sebelah. Aku pun macam pelik "eh! apesal anak aku ada dalam kereta pulak?" Aku tengok muka dia pun pandang aku macam pelik. mungkin dia perasan jalan yang aku lalu tu tak macam jalan yang selalu dia nak pergi rumah pengasuh. tapi sebab pagi sangat dan gelap, so dia pun buat tak heran sangat la.

Aku, time ni apa lagi ada hati memecut kereta macam alex yong. lambat jugak la aku ke ofis. tempat yang biasa aku park kereta telah diambil orang huhuu.

kes 2
Hari last bekerja, aku dapat cuti sakit. Ok sebab dah sakit aku pun singgah sekejap kat sekolah untuk hantar borang pra sekolah Che Nah. Sekali tak approve la pulak sebab tak de stamp pegawai kerajaan gred A, ketua kampung etc..

So, kerani sekolah yang tak berapa sekolah tu, bila ditanya semuanya tak tahu. mood bengang betui. Karang kata bonus dapat naik gaji dapat kerja tak seberapa kang marah pulak kan. Ok kita redho jer la dengan servis mereka tu seketika.

Baru rasa nak rest kat rumah dengan perut yang sakit terpaksa jugak la menterjah 3 buah sekolah menengah semata-mata nak dapatkan tandatangan dari pengetua sekolah. Untuk pengetahuan korang Guru besar tidak layak yer untuk stamp dokumen bagai ni..bukan dalam gred DG bla..bla.. aku pun bukan tau gred org kerja kerajaan ni. Sekali tiga-tiga pengetua sekolah keluarlah, meetinglah. Adoi!.. apa ni susah beno nak jumpa kome yek. Last-last aku terjah jer ke PPD negeri. Ambik ko! ada pun pegawai kerajaan bila aku memerlukan. Terima kasih banyak-banyak. Disebabkan layanan dan servis kome yang cepat aku bagi markah 4 dari 5. Puashati gitu dalam keadaan aku yang sakit perut, muscle bagai kecepatan korang menyelesaikan masalah aku, sangat dihargai.

Kes 3
ok sambungan dari hari last bekerja yang aku sick leave tu. Aku pun keluarlah rumah awal dengan harapan aku boleh pick up Che Mat kat sekolah agama sebelum aku ambik adik dia pulak. Dah cantik dah, aku sampai 10 minit awal kat sekolah agama dia. Tunggu punya tunggu punya tunggu...aku terlelap pulak kat dalam kerete. oo mak aii! terkejut aku bila dengar bunyi riuh rendah budak balik sekolah. Tengok jam tangan dah pukul 5.07 minit.. usha2 tengok Anak aku dah mencicit lari naik jejantas nak balik rumah pengasuh dia kat seberang jalan. ermmm!! sudahnya aku drive sensorang jugak le, pergi rumah ibu dia.
Nasib la aku tak terjejeh ayo liyor masa terlelap tu kalau tak haru.. Anak aku pun satu tak pulak dia camnye kereta bapak dia.

Tur la sepanjang minggu kenangan di bulan puasa. letih bebenor la gayenye.

No comments: