23 September, 2011

Jahat mimpi jahat…

aku bermimpi buruk...

wah! tak sangka di tengah hari jumaat aku boleh bermimpi disiang hari. waktu lunch time pulak tu. memang sangat lena la aku tidur.
Sedar2 je tangan aku dah kebas dan terjaga di saat2 mimpi aku ke kemuncaknya hahahahaha

ada banyak yang aku mimpi...
mimpi yang sangat SIOT! bos aku bole nare-nare shi dengan aku.. WTH
sempat jugak aku bermimpi bagi kerepek pisang kat seorang supporter jepun kat opis ni. siap budak2 soft berebut2 nak makan sama. what a shame. gerenti aku tak offer kerepek pisang aku kat dia!

Lagi…… aku dapat new member perempuan yang sangat sengal. tak tau apa position dia ENG or EA. Sungguh aku rasa feeling aku tersangat menyampah dengan dia.

tup..tup..tup.. mimpi aku tiba-tiba  naik keretapi dengan anak-anak ku. Aku perasankan lokasi dia macam kawasan zoo.Tapi yang pelik  lorong yang aku lalu tu jual kain baju, hand beg dan macam-macam barang.Siap dalam hati aku kata 'kedai ni tak boleh masuk beg dia harga ribu-ribu" macam aku pernah ke situ sebelum ni. huhuhu apa punye mimpi ni.

disebabkan barang dekat situ harga ribu-ribu aku pun tolak stroller anak aku keluar dari lorong tu. siap mendaki dan mengelak lopak air yang banyak menuju ke stesen api bawah bukit. sangat detail mimpi aku kali ni.  selalu lepas 5 minit terjaga aku mesti lupa punye..
ni dalam kotak fikiran aku ni 2,3 kali rewind sementara tangan menaip pada keyboard. tak bole lepaskan mimpi yang satu ni.

part yang paling best dan ngeri... apalah yang aku fikir agaknya akhir-akhir ni sampai aku mimpi terjumpa kepala budak tersangkut pada lubang dicelah bukit. serius aku terkejut. aku sangkakan mayat tapi bila aku belek2 muka dia, tak biru dan tangan dia memaut pd tanah supaya tak jatuh gaung. tambah pasti bila mata dia berkedip-kedip.

atas naluri seorang ibu cewah!!! aku terus tarik tangan budak lelaki tu..dan tak sangka aku dapat selamatkan budak lelaki tu macam scene dalam drama. besar jugak badan budak tu  may be umur lebih kurang 10 tahun.

budak tu tak boleh bercakap sebab tengkuk dia lama tersangkut di lubang tanah tu. Aku tanya siapa mak pak dia. dia tunjuk ke arah sekumpulan mak-mak tengah lepak2 dan berborak,ketawa-ketawa sambil tengok anak masing2 main di depan mata.

Sungguh la aku surprise yg aku bole berfikir dlm mimpi ...aku fikir aku kena hantar budak tu pada mak dia takut2 mak dia risau anak dia hilang atau aku takut nanti dituduh buat anak dia jatuh lubang pulak. Tapiiiiiiiiiiiii....emak dia sangat JAHAT hokayyyy!, boleh dia  kata aku nak puji-pujian sebab selamatkan anak dia..sebab aku hantar anak dia balik.....aaarrrggghhh! GERAMNYA!!!!

baru aku nak bukak mulut... aku dah terjaga. CIS! sempat pulak aku tengok jam kat dinding ofis.. la baru pukul 1.45pm.. rasa mcm dah lama aku tidur. memang tadi aku berniat nak tidur waktu lunch time tanpa baca bismillah atau doa tidur, terus je aku pejam.. punye la mengantuk kan..ntah apa-apa aku ni

serius aku takut masa mimpi jumpa kepala budak tu... buatkan aku tak sambung tidur balik.

2 comments:

lina said...

esok2 mimpi ultromen lawan power rangers plak...ko mesti lar kena amik part heroin pakai baju power rangers yang gegurl pakai baju pink kaler...apakah!!!hahhaha

ImanAzyan said...

hahaha.. sure baju power ranger tu terlebih power di perut. lol
kaler pink tu tak bole menyembunyikan lemak tepu di perut ku hehehehe