05 September, 2011

Duit raya..

Dah masuk bulan syawal ni… mula la budak-budak mengira duit raya diaorang kan. Che Mat dah pandai kira mengira ni dengan duit raya adik dia pun dia kebas.  Mak pak pun kira jugakkan..bagi pihak anak yang belum pandai kira duit. Silap hari bulan kalau duit tu berkepuk-kepuk dapat mungkin ada mak pak yang gelap mata hehehe.

Duit raya bebudak dua orang ni ALhamdulillah banyak jugak la dapatnya. Malam hari nya aku akan check sampul duit raya diaorang ni. Sebabnya nak tengok sampul mana yang menarik. Sejak 6 tahun lalu memang aku simpan sampul duit raya diaorang yang mana cantik-cantik jer. Kalau yang biasa-biasa tu aku akan recycle untuk salam mengkerekot kat majelis2 kenduri kawin. Kalau ada yang jemput kenduri tu agak2 kalau terima sampul duit raya tu. Korang tau lah siapa antara penyumbangnya kan.

Pernah tak korang jadi penyimpan koleksi sampul duit raya? pernah! kalau pernah calit sikit ngan aku.

Antara sampul duit raya yang aku suka..

P9050061

P9050059 tak silap ni masjid kat kuala kangsar nih!

 

P9050062

aku kalau tengok sampul duit dari RHB ni terkenang aku pada kotak bunga api merah, kaler ngan corak dia tu macam serupa.

P9050063

P9050064

P9050071

sampul duit overseas bank ni memang sangat cantik. kertas dia jugak tebal dan nampak sangat exclusive. Selalunya Che yang akan donate kat aku ngan member-member ofis terpilih hahahahha. 

P9050065

P9050066 gambar pelita kat sampul ni terasa macam tengok kad raya zaman 90-an. sangat sentimental!

P9050067

P9050068 sampul duit raya disney Mickey and minnie ni memang sangat2 kiut.  ha…kau kartun pun pandai beraya. Tak tau la siapa yang bagi. Macam tau-tau je aku ada sepasang anak. Tapi ni bukan sampul duit raya tahun 2011.

P9050069

di bawah ni sampul duit raya keramat.. satu tahun je dapat sampul ni. lepas tu dah tak pernah dapat dah. DUlu nak dapatkan sampul duit ni punye la hazab siap ber’sign kau. Tanda dah dapat. macam barang kawalan je lagaknya. Ada satu plastic aku simpan memang buat tukun until when when.

jvc sampul

4 comments:

leeya abdul said...

wah sungguh exotic sampul yg last sekali tu yek.. time tu kitorg ofis kena bg staff sbb 'th camne boleh pulak tak cukup. Nasiblah masa tu geng ngan clerk. hambik ko!

ImanAzyan said...

huh! bole plak cam tu yer..sampul duit raya pun bole shortage..mcm parts pulak.

zz said...

somehow, yg last skali tuh jugak la paling menarik.ahahaha.

ImanAzyan said...

hahaha... ni baru le betui limited edition..