27 August, 2011

Hannah punye kerja

ermm…tak tau aku nak kata apa dah dengan cik Nah ni..

Dia punya kerja boleh buat aku darah tinggi.

Sebelum ni bila dia tumpahkan bedak satu botol siap berenang-renang atas bedak tu aku boleh cool lagi. masa dia berlotion satu badan dengan satu botol lotion,pun aku masih ok lagi. Compact powder aku eye shadow aku dikerjakannya pun aku boleh sabar lagi. TAPI..pagi tadi 4.00am memang betul la menguji kesabaran aku.

Kali ni dia TUMPAHKAN PULAK SETENGAH KAMPIT BERAS 10KG penuh satu dapur rumah aku termasuklah ruang tamu. Masa bila dia bangun tidur buat kerja tu pun aku tak tau. Tiba-tiba dia gerak aku nak susu. Sekali aku buka mata aku nampak dapur aku memutih macam pasir di pantai. Dah la mamai baru bangun tido, berpusing jugak la RAM otak aku ni  nak analyse apa kebenda kat lantai dapur aku tu.

Tak dapat aku bayangkan betapa kecewanya aku bila tengok beras-beras tu bertaburan .. aku suspek dia berenang-renang jugak di atas beras tu macam mana dia buat kat bedak talkum dia dulu.  Ikutkan marah aku ni nak je aku rotan kaki dan tangan dia. Baru aku marah dia sikit dah melalak sambil buat-buat batuk sampai muntah putih..muntah susu. Muntah kat gaun raya pulak tu adoiyaii!!! Masa ni kalau 3D effect tu wujud memang nampak kepala otak aku tu berapi-rapi.

Aku tak boleh tahan aku kejutkan pak encik suruh bangun tolong aku  settlekan hal cik Nah yang muntah tu. Sejam jugak la aku menyapu bagai. nak pakai vacuum takut mengganggu jiran2 plak pagi2 mengemas apahal kan. Mau orang ketuk pintu rumah aku pulak.

Amazing nyer..Cik Nah tak kena marah pun dengan pak encik..emmm memang le anak perempuan kesayangan sungguh.

No comments: