kukis Almond choko cip

Buat kukis ni tak de kena mengena ngan raya deepavali, kalau buat sempena cuti raya deepavali tu yer. dah cuti kompeni bagi 4 hari kan. dari dok melahu je buat le baking2 sikit. nak cuti-cuti malaysia, pak encik pulak keje. Dok rumah je ler nak kuar ngan anak2 kete plak anto workshop.

 

PB040240

Ni kalau mak mentua tengok kukis aku ni, mau kena komplen tak lawa katanye. Tak kisah le janji sedap!! hehehe sedap ker? sedap ke tak sedap meh le nengok kan resepi nye.

kukis almond choko cip.

bahan-bahan

250g butter

200g icing sugar

50g tepung susu

200g tepung gandum/sebaguna

50g tepung jagung

2 tbsp serbuk koko

1 telur

2 tsp esen vanilla

*** yang ni ikut suka tuan/puan. kot kat dapur ada macam2 bahan lagi taruk je lar.Bahan yang aku tambah kat kukis ni .

- serbuk kacang hazel

- coklat cip

- badam cincang

nak clear kan stock baking di aidilfitri lepas al-kekdah nye. Sampai membawa ke aidiladha le pulak yer. sib baik due date bahan2  tu jan 2011 klu idak mau drag ke raya tahun depan le kot.

Cara-cara

creamkan butter & icing sugar, masukkan telur esen vanila kacau lagi.

tepung gandum, tepung jagung,serbuk koko,tepung susu , serbuk kacang hazel kacau rata dulu baru masukkan dalam adunan butter tadi.

kacau lagi sampai sebati. last sekali masukkan coklat chip  dan almond cincang.

bakar 180 celcius selama 35 min.

memang harum bau kukis  yang di bakar. kompom satu blok terhidu2, tertanya-tanya dapur siapa le tur.

Comments

Popular Posts