27 September, 2008

Penginapan 2 Hari satu Malam

Akhirnye aku dpt penginapan di Wad 1A, Kad mengandung aku plak dah di naik kan taraf dr sticker Hijau ke Sticker merah. Kuang..Kuang..Kuang... aku mmg berehat sungguh la baring. tido , makan pastu sambung tido lg ... fikiran pun x serabut sgt. Tp mlm tu rasa panas semacam. berpeluh2 badan aku walaupun kipas syiling pusing mcm nak tercabut laju nye. kat Area katil aku tu, cuma aku sorang je. Bosan gak. BP nurse check hourly. Kat report aku tgk ok, elok je dlm range 122/75. Doktor kata kena monitor dlm 24 hour klu BP aku ok maintain cam ni dia kata esok bole discharge.

Alhamdulilah, lepas dpt rest 1 mlm BP aku OK. Menjelang tgh ari aku mula dpt jiran sebelah. katil kat area aku tu penuh dgn patient yg senasib dgn aku. kakak sebelah aku ni lak peramah org nye. Apa lg kita org dok bersembang je lar. Pas tu masuk lak patient br kat dpn katil aku. Aku tgk dia ni muda lg yg hantar dia msk wad lak kwn dia. Aku tgk dia tgh call sapa ntah, laki dia kot sambil nangis2. kitaorg buat biasa je lar.

Bila waktu melawat dah nak abis, tetiba aku tgk bdk dpn aku tu tarik tirai tutup katil dia. Aku ngan kakak sebelah menyebelah ni igt dia nak tido. Ntah cam ne dia tukar baju wad ke baju biasa terus kuar ikut pintu tepi koridor siap bw beg lg. Tp x suspek le dia nak lari ingt dia dah bole discharge. Buat x tau je lar.

Bila Doktor sampai ke area kitaorg nak check patient nurse buke tirai katil tu, tgk patient kat dpn aku tu dah x de. Dia tanya aku mana pesakit ni, eceh! aku ngan rasa tangungjwb jujur dan amanah ni bg tau kat nurse dia kuar pki baju biasa. Semua nurse kat wad tu apa lg, suspek bdk tu cabut lari. Kecoh la wad tu sekejap. Marah la nurse2 tu. satu hal lak derang nak kena call polis urus itu ini.

Nurse tu kata selalu klu patient lari kes unmarried. Mmg rekod book dia pun x de. dia kata check kat private hospital kat kuantan, br seminggu turun Klang ni. Masuk wad sbb tekanan darah rendah. Ntah la, mesti ada something wrong la tu klu tak ,x kan nak lari dr hospital.
Aku ngan kakak2 kat situ pun kepochi lar sekejap. Maklum la masing2 x posa mcm lupa lak bln ramadhan ni belum berakhir lg dok buat mcm2 spekulasi hehehehehe.

Lps doktor pakar check dia kata bole blk ari ni. Gumbira rasanye ati aku. Tp klu kuar bw sekali baby kan best x yah nak kuar masuk hospital lg. Patutnye tgh ari dah bole blk tp sbb hubby keje blk pkl 5.30pm kena la tunggu lg. Sempat la aku dpt mkn tgh ari ngan mlm kat hospital. best gak no makanan hospital ni. Aku bole selera lak. lapor punye psl kot.

No comments: