20 August, 2008

Berita sedih

Weekend lepas aku ngan famili mentua gi melawat kakak ipar kat lumut yg masuk wad Manjung sbb accident. Amat menyedihkan bila aku lihat anak sedara yg berumur 7 tahun patah kedua2 belah peha. kakak Ipar tidak mengalami kecederaan yg teruk hanya terkoyak gusi, tp itu pun cukup ngeri buat aku. Disebabkan kecederaan itu kakak ipar tidak dpt bercakap dgn jelas . Sungguh besar dugaan yg di hadapi nya. klu aku x tau la mcm mana nak hadapi. kakak Ipar masih lg trauma dan emosi nye masih lg x stabil. Perasaan nye mudah terguris dan aku tengok air mata nye mudah mengalir. X tau la apa yg di fikirkan nye.

Tapi walaupun kami dlm situasi yg menyedihkan, ada jugak peristiwa yg melucukan terjadi masa kami ingin melawat kakak ipar di Hospital. Masa tu kereta kami telah menghampiri hospital dan x semena2 kami lihat ada 3 ke 7 org nurse dan MA berkejar2 seperti ada emergency meluru keluar kawasan hospital. kami semua tertanya2 sesama sendiri apa yg terjadi sbnrnye dan membuat mcm2 andaian (kepochi la plak).

Bila kereta kami menghampiri pintu masuk hospital ada beberapa nurse telah memegang tgn seorg patient cina yg rupa2nye telah lari dr wad. Patut la tgk ramai nurse berlari2 igt ada kes apa. patient tu plak siap dah tukar baju biasa lak tu. Tak tau la kenapa dia lari tp yg aku dgr dr pak guard dia ckp kat nurse dia nak blk rumah. Kelako jgak la bila kejadian ni terjadi depan mata aku. mcm drama swasta la plak. Mmg x kan lupa kejadian ni klu aku menjejakkan kaki ke Hospital ni di lain kali.

No comments: