15 February, 2012

Murtabak pisang segera

 

Pagi ni ada dtg rajin sikit nak membuat kuih untuk bekal bekfas kat opis.
Aku buat murtabak pisang segera.
Ada belen pisang berangan dalam setengah sikat.

Cadang tu mula2 nak buat kek pisang tp macam tak cukup masa je + malas.
Ternampak pulak ada belen kulit popia dlm peti ais, terus je la buat murtabak pisang versi kulit popia.


Bahan-bahan
pisang berangan
gula pasir
kulit popia
tepung gandum ( buat sebagai gam lekatkan kulit popia)

Cara-cara
pisang potong bulat2 tapi  jgn nipis sangat.
gaul dengan gula pasir.
klu rasa nak manis letak le banyak mana yang suka.
kemudian,
letak inti pada kulit popia.
dan bungkus lah cara mana yg anda suka.
aku buat segi empat.

# pisang tu kalau campur dgn gula dia akan sticky sikit..so buat atau guna dua lapis kulit popia untuk balut supaya inti tak tembus masa mengoreng.

sedap di makan begitu saja... wallah!

 

20120215_072105

No comments: