10 February, 2012

Derma darah

Pertama kalinya dalam sejarah hidup ku.
aku telah...

DERMA DARAH...

hahahahahah! itu pun nak kecoh ker!!..

serius, aku kalau dengar ada program derma darah. Terus kecut perut.Mula la terbayangkan jarum suntikan. Pastu rasa ngeri bila tengok paket darah orang yg derma tu penuh. Rasa nak pitam ko.

Aku pun tak tau apa sebab bole jadi berani tadi. Nak kata mimpi malam tadi tak jugak. Mungkin terpengaruh dengan kata-kata Ustad Don masa dia duk cerita pasal nabi Muhammad S.A.W. Dia kata diri dia sembahyang tak banyak, sedekah pun tak banyak..tak tahu nak persembahkan apa kat nabi tanda sayang dan kasih kita pada nabi.

Mungkin dengar perkataan sedekah tak banyak tu..buat aku rasa nak cuba-cuba la derma darah. Nak jugak rasa dan tahu sakit sangat ker bila derma darah ni... member-member production pulak kurang asam betui, ada ke takut-takutkan aku masa tu. maklum la baru pertama kali. Ada jugak le rasa macam nak keluar balik dari bilik derma darah tu. Tapi sebab masa tu aku sorang je yang tgh menunggu..nurse2 ngan doktor pun dah nampak muka aku..tak dapat la aku nak go head gostan balik ofis. kang kantoi plak.
Teruskan jer proses mendaftar- isi borang, check berat, check  BP, check jenis darah dan terus baring untuk di cucuk hehehehe

serius tak sakit derma darah.mungkin kebetulan nurse yang cucuk jarum tu pandai cari urat kut. So macam best jugak lah.
Lepas penuh paket isi darah tu, terus rasa pening dan muka pun merah kata nurse..nervous kut wakakakaka
rasa lapor sesangat pun ada jugak. mana taknya breakfast pagi mkn kuih jer.
Nurse tu bagi aku minum air glukos, terasa la kenyang sikit, dan rendahkan tempat baring suruh aku rest.

Ni kalau citer kat Pak Enchek agak-agak dia teruja dak..bini dia baru rasa-rasa nak menderma darah.

No comments: