13 December, 2010

sushi

Last week aku dapat parcel dari Jepung, hand carry oleh pakcik Yakabe.

PC060457 

Tak tahan aku paper bag siap ada animal printed lagi. Gambor babe plak tu adoii!.. Che Fid siap kata nak kena samak nih!

Aku ingatkan apa kebenda la. Bersungguh yong cari aku kat lab nak bagi tau aku dapat something from Japan. pakat2 le depa dtg tempat aku, nak kepochi benda apa dlm paper bag tu.

hahahahaha sekali derang tengok aku dpt benda ni ….

 

PC060459 

Beras jepung kau.. ambik! segar dari Hokkaido.

Memang cantik le beras dia.

Dan love letters ni yang tak tahan tur..

 

PC060461

So, aku pun dengan gigihnya try la buat sushi hanya menggunakan filling isi ketam, timun jepun & telur dadar.

Tu je la yang mampu aku capai kat giant. malas nak pikir lagi inti apa yang perlu diletak.

 

sushi 

serius aku memang tak pandai guna bambo mat tu nak gulung sushi. siap terkeluar-keluar  telur dadar tu jadinya. Aku main belasah je la masuk dlm plastik cover untuk Che fid ngan Cik Zizie. Yang pakai acuan dia pun sama jugak, timun  tu sesuka je nak kuar. Gasak le kan…

No comments: