07 December, 2010

Bebola keledek

 

Minum petang dimulakan dengan Bismillah.. Di sudahi dengan Alhamdulilah..tetiba lak  ekk.. bebola keledek ni buat ala2 resepi Kak non buat masa kat london suatu waktu dlu. Anak2 suka ni manis dan lembut.

 

PB130282

Bahan-bahan

* ubi keledek ( direbus dan dilecek/lenyek)

Sebab buat ni untuk minum petang membawa ke malam. jadi keledek yg digunakan ada la dalam 6 biji saiz sederhana.

* tepung gandum

* gula / garam secukupnya.

Cara-cara

keledek yg dilenyek tu di gaul dengan tepung gandum, gula dlm 1 sudu besar dan 1 sudu kecil garam. Tepung tu agak2 le untuk dapatkan adunan mcm nak buat cucur bawang. Dah siap goreng, gaulkan dengan gula kastor.

1 comment:

Cinta Super said...

eh menarik ni idea ni. kebetulan ada keledek. asik buat pengat boring juga kan? temkyu!