15 June, 2010

Brownies

First time buat brownies. emmm! senang dan cepat . Gara-gara makan brownies kartika yg officemate bawa dari Bandung. Terus rasa macam nak cube buat nie..

surf punye surf jumpe la yg bersesuai dgn bahan2 yg ada kat rumah. resepi ni dah dialih bahasa dan di tokok tambah ikut keperluan sendiri

PIC_2679

resepi asal click Recipe Brownies

Bahan-Bahan:

6 Tablespoons serbuk koko

1/4 Cup Butter

1 Cup gula

1/2 Teaspoon Vanilla esen

1/4 Teaspoon garam

1/3 Cup tepung gandum / tepung serba guna

2 biji telur

1 Cup Toasted Pecans / almond / choc chip (optional)

Cara-caranya:

cara 1: Cairkan 1/4 cup butter. pastikan butter benar2 cair.kemudian kacau bersama dengan serbuk koko

cara 2: Satukan bahan campuran butter & serbu koko bersama bahan-bahan selebihnya.Panaskan oven 325F degrees

cara 3: Sapukan loyang atau bekas pembakar dengan butter dan ratakan bekas pembakar dengan beberapa tepung/serbuk koko . Supaya brownies tak melekat pd bekas pembakar. masukkan adunan dlm loyang.

Bakar selama 35-40 minit. biarkan sejuk sebelum dipotong dan di hidang.

 

semudah 1, 2, 3

rasa resepi brownies ni tak menghampakan untuk di cuba, tapi tak la sesedap brownies kartika.

hehehhehe

selamat mencuba…!!

No comments: