17 April, 2011

Inilah barisan kita…

 

Lirik Lagu Perajurit Tanah Air (Inilah Barisan Kita)

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban,
Untuk ibu pertiwi!
Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti!
Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa, Malaysia berjaya!
Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti!

Lirik Lagu Perajurit Tanah Air (Inilah Barisan Kita) @ Lirikami

hahahaha tak tau la Che Mat ni mungkin bakal jadi perajurit alaf 21 kot..Masa balik kampung bulan lepas Che Mat tertengok le majalah ni kat rumah pak udo dia. Dah la nampak banyak kapal perang, jet pejuang semua… terus bisik kat aku suruh tanya kat mana pak udo beli majalah tu…

Cari punya cari dapat jugak la beli ni kat kedai majalah kat giant. sekali masuk MPH ada jugak dijual kat situ. Harga boleh tahan jugak mahalnya RM11.00. Tapi dah Che mat sungguh-sunguh nak. aku belikan jer la. Boleh buat semangat untuk dia belajar membaca.

P4170809

No comments: