17 June, 2013

Family outing ❤ Cameron Highland.

Walaupun dah berminggu lepas pergi CH.
Barulah terasa nak updated blog hehehehe
Perjalanan yang tak dirancang.
nak kata jauh jaraknya tak jugak.
sebab, gerak dari rumah abah kite :)

Gigih la anak-beranak bangun pagi.
mandi air pili gunung yang sejuk giler.
serius tak tahan.
tapi masa kecik-kecik dulu,
rilek jer mandi pagi-pagi pergi sekolah.
Tak pulak melompat kesejukan.

kitaorang gerak seawal 8 pagi.
ikut Highway then turun exit Tapah.
Sejuk je udara pagi-pagi mendaki bukit yang macam ular kena palu.
kenderaan masih belum banyak.
Cuma ada beberapa simpang ada pokok tumbang dan kerja-kerja membuat longkang sepanjang lereng-lereng bukit.

memang best pergi CH ni.
walaupun cuaca dia dah tak sesejuk dulu.
tempat wajib pergi, Ladang teh, strawberry park, taman kaktus. 3 tempat ni mesti terjah dulu hahaha.
seisi bergambar, minum-minum, dan makan-makan.
Pak Enchik teruja sangat.
Beriya nak pergi Equatorial Hotel heheheh.
Tapi tak tidur pun, saja melawat kawasan.

Disebabkan udara dia yang selesa.
Tambah lak duduk di tanah tinggi.
tetiba terasa lak nak stayed je kat situ.
Ada la cakap dengan Pak enchik.
'Jom le kita pindah duduk kat sini.’
hahahahahha
lepas ni tak payah gaduh-gaduh nak pasang kipas selalu kan...
apa-apa jer la mama dia ni.
sepanjang berjalan hari tu.
Tak terasa lapar pun.
apakah!

C360_2013-05-31-17-04-22-870

budak berdua ni boleh tak nak makan strawberi. Rugi..rugi…

20130531_141941

20130531_142005

cantik dipandang tapi tak beli pun. tak koser nak menjaga bunga. Yang ada pun dah lama mati..tangan tak rasi menanam atau menjaga pokok .

20130531_145714

20130531_114909

sejuk mata memandang. Ku lihat HIJAU… pemandangan dari atas Equatorial hotel.

20130531_215005

tak agak-agak beli teh. semua perisa aku beli. amekaw!! minum sampai lebam.

No comments: