23 March, 2010

Naik Bas

 

Fuh! dah hampir 5 tahun kaki aku ni tak jejak bas kilang. Sejak dah berkahwin ni ,pergi kerja balik kerja semua dengan hubby jer. Dah satu tempat kerja namanya, mesti la pergi ngan hubby. Bila hubby dah tukar tempat kerja pun still nak pergi sama jugak. sementara masih sama working hour.

malas sebenarnye nak drive sendiri skrg nih. So, pergi kerja naik motor pun aku tak kisah. Masa dulu2 pun aku dah biasa bawa motor pergi kerja. Ingat lagi derang gelar aku minah rempit. Cis! padahal motor kapchai aku tu 60km/jam pun tak lepas. Harap sport rim gold lima batang tu je la nampak cam ganas sikit.

hari ni disebabkan motor hubby ada problem. Tak dapat la dia nak ambik aku on time. Kena repair motor dlu baru bole ambik aku. Aku plak jenis malas nak tunggu. Nak pulak kena stay lama2 dlm ofis ni mengadap bos2 yg bla..bla..bla..tak hingin aku.

Kelam kabut la aku col HRD tanya no bus nak ke sec **. melilau la dok cari bas hahahaha
Oh! lamanya aku tak naik bas kilang. sentimental lak mak jadinya, teringat memori2 aku bersama joyah ngan bedah menunggu bas kilang. bergosip tak hingat dlm bas, tidur bagai nak rak. berlari marathon kejar bas pagi2 buta. Kena kacau ngan org giler.banyak sungguh memori yg ter flash back kat kotak fikiran aku. Klu kenang kan saat2 tu rasanya macam hati aku ni hidup semula. berbunga2 you.

Betapa happy nye kitaorg waktu tu. Aku jadi syahdu bila duduk dlm bas.Klu lah yg duduk sebelah aku ni joyah atau bedah tentu syok!. Mesti ketawa bahak-bahak punye klu mengenangkan memori lama.

rindu nye kat Joyah ngan Bedah. Masing2 dah berkahwin dan ada anak..dah susah nak jumpa

No comments: