25 February, 2010

Alat permainan

Selamatkah Alat Permainan saya?

Keselamatan alat permainan kanak- kanak sememangnya telah menjadi suatu isu yang membimbangkan ibu bapa. Alat permainan kanak- kanak yang tidak mematuhi standard keselamatan telah menyebabkan pelbagai masalah, dan salah satu contoh ialah kandungan plumbum yang tinggi.
Kandungan plumbum ini wujud dari cat- cat yang digunakan untuk mengecat alat permainan- kanak – kanak. Satu persoalan yang sering kali ditimbulkan oleh ibu- bapa ialah “ Bagaimana saya hendak memilih alat permainan yang selamat untuk anak saya?’ Salah satu cara untuk memilih alat permainan  yang sesuai untuk anak anda adalah dengan melihat kepada pelekat pada kotak alat permainan  yang menyatakan umur yang sesuai untuk dibeli.


Untuk kanak – kanak yang berumur kurang dari 3 tahun, alat – alat permainan yang mempunyai “projectile” contohnya seperti senapang, pelancar, atau peluncur. Kanak- kanak yang berumur kurang dari 3 tahun mempunyai kecenderungan untuk memasukkan alat permainan ke dalam mulut.Oleh itu, ibu bapa haruslah memilih alat permainan  yang mempunyai komponen- komponen yang lebih besar dari mulut kanak- kanak  supaya mereka tidak akan tertelan.


Apabila membeli alat permainan,kita juga harus mempertimbangkan samada alat perminan tersebut adalah terlalu berat, dan adalah kanak- kanak akan tercedera sekiranya alat permainan itu jatuh ke atas mereka atau sekiranya kanak- kanak tersebut terlangar.Satu lagi faktor penting yang harus diambil kira ialah, tali pada alat permainan.


Alat- permainan yang mempunyai tali lebih dari 12 inci tidak sesuai dibeli kerana kanak- kanak boleh terjerut dengan tali itu yang boleh membawa maut. Perkara terakhir yang harus di beri perhatian adalah pada alat permainan yang mempunyai magnet.


Sesetengah alat permainan mempunyai magnet yang mudah terkeluar dan sekiranya kanak- kanak tersebut menelan magnet, ia akan memasuki sistem penghadaman. Apabila ini berlaku, magnet- magnet tesebut akan tersangkut pada usus dan akan terlekat antara satu sama lain.Ini akan menyebabkan usus berputar,mengamali lubang, dan jangkitan yang akhirnya akan membawa maut.
Akhir sekali, ibu – bapa dan dewasa haruslah lebih prihatin dalam membeli alat permainan kanak- kanak supaya kecederaan dan kehilangan nyawa secara sia- sia dapat dielakkan.

3 comments:

aliff muhammad said...

Salam,

Kak Yan,

Bagus artikel ini. Hm, memang selalu terfikir yang alat permainan kanak-kanak adakalanya merbahaya.
Cuti hujung minggu ni balik ke Batu Kikir tak?

ImanAzyan said...

walaikumsalam,

tur lar. tambah lg mainan murah mcm kat kedai 2 hinggit. mainan yg mahal pun belum tentu x tercemar ngan plumbum mcm mainan fisher`n price yg kena tarik balik. minggu ni x balik kg nak gi light wonderland kat I-city kat shah alam sek 7. jom la kita gi sama2 nak?

aliff muhammad said...

macam bagus jer idea pergi tengok i city tuh. tapi adik ada cyclinglah malam jumaat ni. sabtu n ahad plak balik kg hu!hu!hu!