MENARA CONDONG TELUK INTAN

Info MENARA CONDONG ;

 

PIC_0705

LOKASI
Bangunan ini terletak
diantara pertemuan
dataran segiempat, iaitu
Jalan Pasar dan Jalan
Ah Cheong dengan
Jalan Selat dan Jalan
Bandar di kiri dan
kanan menara.

 

TAHUN DIBINA
1885
1892 – mengikut catatan S. Durai Raja Singam, halaman
172 A Hundred Years Of Ceylonese In Malaya And Singapore.
(1867 – 1967), Mr. S. Sabapathy ( Asst. Engineer),
P.W.D. Teluk Intan turut membantu dalam pembinaan
ini.


SENARAI PENDERMA
1. Kontraktor Cina yang dikenali sebagai Leong Choon
Cheong serta Kontraktor Ceylon turut membina dan
menjadi penderma utama.
2. Penduduk tempatan bagi membeli Jam Berkunci dari
London buatan Firma J. W. Benson – Ludgatehill
London.

 

TUJUAN DIBINA
Melalui kajian yang dibuat terhadap Menara Condong
yang dahulu dikenali sebagai Jam Tinggi, tujuan dan motif
pembinaannya adalah seperti berikut :

1. Sebagai sebuah tangki air untuk penduduk bandar
sekiranya berlaku kemarau.
2. Bagi memperingati jasa pentadbir (British)
3. Bagi membekalkan air untuk memadam api sekiranya
berlaku kebakaran.
4. Sebagai penentu waktu “Time Keeper” dan
5. Menjadi mercu tanda Bandar.

 

SEJARAH PEMILIKAN
Walaupun kontraktor Leong Choon Cheong berusaha
membina menara jam ini, namun tidak dapat dinafikan
bahawa pihak British adalah pemilik dan pentadbir ketika
itu. Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957,
menara jam ini secara automatik menjadi milik negara.
Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini telah digunakan
oleh askar-askar Jepun sebagai menara kawalan bagi
memerhatikan musuh.


SEJARAH PENGGUNAAN/PENYEWAAN
1940 – Sebagai pejabat pengakap di tingkat 2
1977 sehingga 1992 – Sebagai Pejabat Cawangan Perancang
Keluarga (National Family Planning Board)

 

DISKRIPSI GAYARUPA
Setelah diteliti, didapati pengaruh senibina Cina
begitu kuat pada bangunan ini. Ini adalah kerana
ianya berkonsepkan senibina “Pagoda”. Walaupun
pembinaannya pada zaman pemerintahan British,
namun pengaruh Cina, penderma dan kontraktor
telah berjaya dalam memperjuangkan budaya itu
untuk dihayati.
Ini jelas didapati pada fasad bangunan menara jam
ini seperti gerbang, bumbung genting dan hiasan
jubin dan sebagainya yang menunjukkan kekayaan
budaya dan senibina Cina.
Dari luar kelihatan seolah-olah menara jam ini
adalah sebuah bangunan 8 (lapan) tingkat, tetapi
sebenarnya hanya terdapat 3 (tiga) tingkat sahaja.
Menara jam ini memiliki 110 anak tangga yang
menghubungkan setiap aras yang tingginya 5 meter.
Kekayaan senibina diperbuat daripada struktur kayu
dan batu. Setiap tingkat dilengkapi dengan lorong
jalan 1.8 meter lebar berdindingkan tembok rendah
0.6 meter tinggi yang dihiasi dengan batu berwarna
hijau
Ketelitian senibinanya dan perancangan ruang dapat
dilihat dari adaptasi penggunaannya iaitu sebagai
tangki air. Tangki air tersebut terdapat di tingkat
3 yang diperbuat daripada kepingan keluli setinggi 5
meter dengan muatan 18.36 meter padu. Lapisan
bawah bangunan ini berukuran garis pusat 13 meter
dan semakin menguncup ke atas berukuran garis
pusat 8.2 meter.


FAKTOR KECONDONGAN
Selain disebabkan bangunan tersebut didirikan di
atas struktur tanah yang lembut, faktor lain yang
turut menyumbang kepada kecondongan menara
jam ini ke arah barat laut, adalah kerana terdapat
bebanan tangki yang berisi air pada masa tersebut.


Rujukan : CD Menara Jam Negeri Perak Darul Ridzuan Oleh Perbadanan Perpustakaan
Awam Negeri Perak Darul Ridzuan.

 

sumber info: Laman web Majlis perbandaran Teluk Intan

Comments

Popular Posts