selangkah ke alam misteri…
kisah keliwon versi aku : PUKAU
Semalam, keluarga babysitter aku telah digemparkan dengan kejadian kehilangan anak disebabkan ilmu pukau. Seperti yg di ceritakan oleh babysitter aku.
“ ada seorang lelaki datang nak jual barang pada adiknya. kejadian tu berlaku dlm pukul 2 petang. Barang yg dijual konon2nya bole digunakan utk berniaga makanan. bla..bla..bla.. dia minta duit kesemuanya RM1200. Dengan relanya adik dia bg tanpa banyak soal. Lelaki yg jahat tu minta bawa anak lelaki dia yg masih sekolah rendah (x tau umur lupa nak tanya) temankan dia utk ambik barang kononnya nak buktikan dia tak tipu.Lepas lelaki jahat tu pergi, x berapa lama kemudian adik dia tersedar anak dia dah x de dan mula ingat sedikit2 kejadian pukau yg berlaku.
Dengan cepat si mangsa pergi laporkan pada polis. Tapi polis kat kawasan dia bole mcm x nak terima aduan,siap mcm sinis kata “iya ke kena pukau” bayangkan perasaan mangsa ketika tu dgn sikap polis yg ntah2 apa. sementara tu adik beradik mangsa yg lain mula mencari sekitar pekan2 berdekatan, dan ada yg jumpa bomoh untuk tengokkan klu2 bole dpt tau mana anaknya berada.
Dari apa yg bomoh tu kata, penjahat tu guna ilmu pukau tujuannya hanya utk cari @ curi duit dan bergerak dlm satu kumpulan 3 org. Penjahat tu siap mengamalkan ilmu kebal dan waktu itu penjahat tu konon2nya dah sampai ke putrajaya.wallahuallam
Anak mangsa telah di tinggalkan di area K *****.Budak tu disuruh duduk di situ sementara lelaki jahat ni nak ambik lori. Budak tu pun turut kata lelaki tu tunggu kat situ x bergerak2. Sehinggalah bila ada seorang pakcik menegur dia. baru budak tu tersedar dan minta duit seringgit nak talifon mak dia. Tapi pakcik tu cuma bagi lima puluh sen je. mungkin dia igt budak tu tipu kot.Masa berjalan keluar ke jalan besar. Ayah dia yg mencari kat area tu ternampak anak dia, dan waktu tu sudah pun masuk waktu maghrib.
Nasib baik penjahat tu tak bawa anak dia lari bersama.. duit hilang tu tak kisah sgt, klu anak yg dikandung dibawa lari di depan mata siapa2 pun bole gila jadinya.”
sedikit info tentang pukau yg di cedok dr DARUSSYIFA ONLINE
PUKAU
1- Bole buat orang yang sedang tidur, akan tidur semakin nyenyak sehingga tidak disedari apa yang berlaku di sekelilingnya.
2- Kalau orang yang sedang sedar, boleh berdialog dengannya tetapi dikuasai minda orang itu sehingga boleh menurut apa sahaja kehendak orang yang memukaunya tanpa daya melawan atau berlepas diri daripadanya.
termasuk menidurkan orang yang sedang sedar atau menguasai fikiran orang itu dengan tenungan dan kadang-kadang dengan hembusan. Teknik hembusan juga termasuk dalam salah satu cabang ilmu sihir dengan kekuatan kuasa hembusan yang dikaitkan dengan asosiasi (perhubungan) dengan makhluk halus, maka berlaku penguasaan sepenuhnya atau sebahagian ke atas seseorang.
Amalan menggunakan pandangan mata sehingga berlaku suatu proses pukau, jika dilihat pada pandangan syarak, kita dapati bahawa ada isyarahnya dalam as-Sunnah.
Antara lain Rasulullah s.a.w. ada menyebut tentang pandangan mata seperti dalam hadis (mafhumnya):
Ibnu Abbas r.a berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Bahawa pandangan mata yang mengakibatkan sesuatu keburukan adalah benar (boleh berlaku). Andainya ada sesuatu yang seolah-olah mendahului al-Qadar, maka didahului oleh pandangan mata.”
Dalam hadis lain Abu Hurairah berkata (mafhumnya): “Nabi pernah menyebut al-‘ain (pandangan mata) adalah benar (boleh berlaku).” (Sahih Bukhari Muslim)
A1-Hafiz Ibnu Hajar dalam ulasannya tentang hadis-hadis ini menyebut bahawa pandangan mata seseorang itu ke atas sesuatu, boleh mendatangkan hasad dengki kepadanya, lalu ditemukan objek itu di samping tabiat buruknya muncul, boleh mendapat kemudaratan kepada yang dilihat.
Ash-Syanthiti pernah menyebut bahawa, jiwa-jiwa yang kotor mempunyai kesan yang kotor juga kepada yang dilihat.
Semuanya ini selari dengan apa yang disebut oleh Allah SWT yang mafhumnya:
“Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka tatkala mereka mendengar al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) itu benar-benar gila.” (Surah al-Qalam, ayat 51)
Ayat ni menjadi rujukan kepada hal-hal penyakit yang berpunca daripada pandangan atau renungan mata. Malah dalam beberapa hadis lain mengatakan ‘unta boleh masuk ke dalam periuk kerana pandangan mata’. Maksudnya unta boleh mati, tapi disembelih dan dijadikan hidangan makanan.
Seperti yang pernah disebut Nabi (mafhumnya), bahawa sesiapa yang memakan tujuh biji ajwah (tamar madinah), maka dia tidak akan terkena sihir.
Kesimpulannya
untuk menghindarkan diri dari sihir atau ilmu pukau, lakukan amalan berikut setiap hari;
1. Baca doa berikut:
“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
2. Ayatul Kursi
3. Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas)
4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah hindarkan dari apa jua bahaya.
Inilah amalan yang diterima oleh syarak.
Waalahu a’lam.
(Petikan dari Harakah Bil.1334)
Comments