Hari untuk IBU
yg aku baca kat wikipedia
Asalnya;
In 1812 Anna Jarvis trademarked
"second Sunday in May" as a "Mother's Day",
Sungguh! aku x dpt menyelami Hari Ibu ni secara total.
Aku di besarkan oleh ibu tiri. Dari detik kematian ibu biologi aku, seingat aku la x pernah aku disentuh di belai di peluk atau yg seangkatan dengannye. Bukan x dpt perhatian lansung dr insan yg bergelar ibu ti-ri.Cuma.. ntah la aku pun tak tau.
waktu aku kecik2 dlu pun aku macam x kisah sangat bab2 semua tu. Yang aku tau kasih emak kandung aku je yg Tulen bg aku.Sebab tu aku x kisah sgt klu kurang perhatian dr mana2 mak selain mak kandung. Tapi aku bersyukur kerana mempunyai mak sedara yg caring.
Aku sudah terbiasa dgn keadaan ini. Dan hingga kini aku masih kekok utk mengucapkan `SELAMAT HARI IBU` pada ibu tiri aku mau pun MIL. Sudah nye aku x ucapkan lansung. Teruk betui!
Aku seakan terpana bila ada seorg kenalan yg aku panggil `Kak Mazni` mengucapkan selamat hari ibu kepada aku.Aku pun balas balik ucapan nya,dan sambil terfikir sungguh indah ucapan itu bila ada org yg mengucapkan nya pada kita. Sampai aku terlupa kesedapan lauk pauk kenduri kahwin yg aku mkn waktu itu..Tapi kejap je la pastu samb blk mkn. mmg teruk!!
Dan untuk kedua kali nya aku mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu2 di dunia.
aku harap thn depan aku berpeluang mengucapkan ucapan ini lagi dgn penuh pengertian.
Comments