bila kak yan membebel… part 1
Aku sebenarnya agak kecewa dengan sikap segelintir muda mudi sekarang yg kurang berusaha dan suka mengharapkan org lain.Terutama bab Duit. Patutkah seorang yg sudah akil baligh,bujang, berpendidikan tinggi dan sudah bekerja masih nak meminta wang dr ahli keluarga yg lain. Kenapa ilmu yg dipelajari tak dipraktikkan dlm kehidupan seharian. Klu sekali dua kesempitan wang bole juga la terima. Ni, klu dah acapkali meminta. Darah tinggi jadinya.
Selalunya org kita klu berkehendakkan sesuatu jarang mengukur pada kemampuan. Yang tau biar papa asal bergaya. Di tgh keadaan ekonomi meleset ni pun masih x sedar lagi.Hanyut dengan nafsu dan tau nak berseronok aje. Saja x nak paham kesusahan org lain yg penting kesusahan mereka yg dahulu di selesaikan.
Aku mmg tidak bole terima, org yg prinsip idupnya suka meminjam2. Terutama SEKALI bab duit. Bole la dikatakan aku ni kedekut.Sbb bukan senang nak cari duit ni.Duit yg ada bukan utk di bazir2kan hatta klu kaya sekalipun. Mmg dr kecik Abah aku ajar, jgn membazir dan jgn biasa kan diri meminjam2 atau berhutang. Klu ada duit beli klu tak ada silalah bermimpi saja yea.. Andai kata meminjam jugak mesti bayar secepat mungkin.
Sejak abis SPM je aku dah kuar rumah cari keje, bln2 walaupun dpt sikit sekurang2nya aku dah x meminta2 pada abah klu nak beli apa2. Hatta, masa kat Poli pun aku x minta duit register masuk kolej. Duit belanja aku guna pinjaman JPA sepenuhnya. Tak de baju branded2 sumer gi kelas pun naik basikal je. Bawa motor pun cuma last sem tu pun abah punya aku pinjam aje. Tujuan nye senang aku nak balik kg dan makan free kat rumah mak sedara aku waktu weekend.Tapi bdk sekrg klu gi kuliah bw keta, baju plak sesuai fesyen semasa. emmmmm!!! berTUAH sungguh no…
Pada yg masih lemah dlm pengurusan kewangan bole la gi cari info di laman AKPK (Agensi kaunseling dan Pengurusan Kredit)
TOLONG lah berubah!klu tak, membawa rebah. poket sakit tak kebah2.
Comments