wedding nite!

Pergi kenduri kahwin ni memang ler syok dapat berjumpa kaum kerabat sambil makan-makan kan. Weekend lepas ahad malam isnin. Famili Pak enchik & aku pergi makan kenduri kat Pusat Maritim Putrajaya. Rasanya tetamu dalam 300 orang jer kut. Pengantin pulak siap naik bot untuk ke hall majlis resepsi diarong kat pusat maritim tu.

Ramai jugak le pakcik-makcik belah Pak enchik yang datang. Majlis macam ni memaksa untuk aku and famili pakai ikut dress code. Karang kalau pakai sembarang jer mau di cop nya macam makcik-makcik kononnya dari PPRT,FELDA ler kan. Asal apa saje benda-benda yang tak elok semua nak kaitkan dengan 2 tempat ni. Apasal low class sangat ke orang-orang yang duduk di FELDA, PPRT ni.Apa ingat orang yang duduk di bandar ni high class sangat dah kut, konon urban tahap dewa la tu… tak paham aku fikiran orang yang kononnya bandar sangat ni.

Aku bukan berasal dari FELDA tapi membesar tu memang di FELDA. Tak ada masalah pun dengan kehidupan kitaorang, lagi bijak pandai ada la. Berapa ramai yang memenuhkan sekolah berasrama penuh, sekolah sains atau uni. Yang berdengki tu apa pasal ntah. emo plak aku..

Balik ke tujuan asal post..

Memang Nampak Grand la buat majlis kat sini. Makan pun sedap dekorasi pun ok, dengan parking space yang banyak. sesuai la pada yang ingin buat majlis yang simple jer. Pengantin pun nampak cantik & comel jer.Terima kasih pada pengantin yang sudi menjemput moga dipanjangkan jodoh hingga ke syurga.

Cuma satu jer yang agak canggung bagi aku.Masa ketibaan pengantin ke Wedding hall tu diiringi oleh salawat ke atas nabi tetapi pengantinnya tidak menutup aurat. ermmmm…pada yang tak kisah tu orang akan kata ok jer.

 

New folder1

Comments

Popular Posts