ambik nafas...
dah masuk 2 minggu bersengkang mata berkembang kempis hidung meyolder PWboard ni.. bukan satu dua point nak disolder. nak dekat 100 points tu. cer darab dengan 95 boards, mau tak juling bijik mata...pungkuq pun bole kematu wei..
hehehe tapi idak le sampai kena solder 95 boards tu, sib baik bos yg tak seberapa baik tu sub kan ajer 40 boards tu ke japang. Selamat haku...! mau muntah hijo klu nak kena settle semua tu.
hari ni kunun keluar dari rumah ada la niat nak pergi jumpa doktor minta cuti hehehe niat suci sungguh tp sebab memikirkan gaji belum keluar lagi bole la aku postpone je lagi 2 hari ,tak de maknanye nak bercuti tanpa sesen di poket. Tak proaktif namanya wakakaka..
Makanya, hari ni sendiri istihar hari berehat-rehat. Boleh plak cenggitu. suka-suki aku plak, mood nak buat keje serius hari ni belum mari lagi.click sana click sini, baca email fuh!
bz le tu kan...sangat..
gumbira betul hati aku dapat menatap blog2 diva terhormat sambil mata meliar tengok kiri dan kanan. takut terkantoi. dah lama dah tak buat aktiviti bebas ni.. kucin2 beso tengah bermeeting, tiba la masa untuk tikus2 berjimba-jimba yiehaaa!
tiba-tiba tersampuk plak ngan mode lomography... osem nyer gambar2 dr kamera lomo ni... dan mode berangan pun bermula.....
Comments