sekolah dan anak…
2 minggu aku menguruskan hal sekolah Cik Mat ni. Minggu pertama uruskan pendaftaran dia kat sekolah seksyen 7. minggu kedua plak sibuk pindahkan sekolah Che Mat kat seksyen 16 dan daftar sekali di sekolah agama. Aku awal2 tahun dah apply unpaid leave..lol... belum lagi cecah bulan 12. Cuti memang tak pernah nak cukup bagi status mak-mak ni.
Pindah sekolah semalam, mula2 Che Mat macam tak happy. Yer la dah syok2 sekolah kat seksyen 7 tiba2 kena tukar plak. Nak-nak kat seksyen 16 ni seisi pagi.Tapi bila dah nampak ada member pra JAIS dia. Dia jadi ok. Kawan dia plak siap peluk Che Mat macam welcome hugs gitu ekekeke.
Kelas kat seksyen 16 pun tak banyak mcm kat seksyen 7. Cuma 3 kelas jer, nama kelas plak guna nama permata. Che Mat kelas 1 Delima.
Secara first impression aku ni, sekolah sini tak la havoc sangat macam seksyen 7. maklumlah average kelas setiap darjah ada 3 kelas sahaja. Murid2 dalam kelas pun dlm 18-23 org jer. Kebersihan sekolah quite ok lar.
Yang aku sangat impressed, ada kelas untuk budak2 istimewa kat sekolah ni. Rasa terharu dan sebak bila lihat budak2 ni gigih belajar dan cikgu2 yang mengajar juga sangat awesome.sempat la aku mengintai kelas diaorang masa nak beli buku kat kedai buku sekolah. Owh la..la…!! kedai buku dia sangat simple dan 5S yang so-so. Sila hire aku, sure lebih berseri kedai buku sekolah tu ekekekeke.
so, semalam Che mat dah rasmi balik naik avanza Pak Cik Mat (sama plak nama pak cik tu ngan dia). Semalam pergi tengok dan ajar dia balik naik kereta pak cik tu. Aku memang agak hairan la sebab jln depan sekolah ni tak sesak dengan kenderaan mak pak. Tak macam kat seksyen 7, walaupun datang setengah jam awal,nak park kereta pun dah jauh mencari tempat. kat sini rata2 budak balik jalan kaki sebab rumah tak jauh dari sekolah di tambah pulak pelajar yang tak ramai. Bayangkan kelas keluar pukul 1. klu kita br sampai around pkl satu, masih ada tempat boleh parking dekat dgn pintu sekolah. aku sangat terpana hahahaha
Petang Che Mat pergi sekolah agama plak. Mengeluh jugak lar dia sebab x boleh nak bermain-main dengan Ecah. kena siap cepat.Semalam balik dr sekolah ugama nampak dia berpeluk2 beriringan 4 orang keluar dr gate sekolah hahahaha happy betui nampaknye.
Petang semalam aku kena "pau" lagi. Che Mat suh beli waffle untuk dia, 2 plak tur.
Comments