Beg PJ
Weekend yang lepas tak de mood nak pergi jalan2. Anak-anak pun sedap jer tidur berlawan-lawan dengan bapaknya.
Aku pulak tak abis-abis rasanya buat kerja rumah. Macam tak ade full stop kut waktu cuti ni. Rasa kalau kerja kat kilang pun tak ler sesibuk kat rumah. Yang pelik badan aku ni tak pulak kurus2 hahahahaha. Nak kata makan banyak tak le jugak.
Penat aku bila tengok bakul baju yang dah kering. Tak pernah surut. kalau ditabur atas katil Che Nah tu, mau boleh cecah Gunung Besout. Sure bapak aku kagum dengan pending lot aku tu. Sebab kat kampung bapak aku ni suka lipat baju.Harap-harap Pak enchik dapat ambil contoh FIL dia yang mithali itu hehehehe. Aku main bunjut-bunjut je dalam kain batik macam orang dulu-dulu. Bakul dah tak dapat nak menampung muatan berkapasiti tinggi. huhuhuhu masa ni mula la berangan nak ada robot macam doreamon tu. Boleh tolong lipat baju untuk aku.
Hari Ahad aku dipenuhkan dengan aktiviti jahit-menjahit. Nak ambil terapi jiwa sekejap. Kalau terus-terusan aku tengok kain baju yang mengunung tu mau aku mati kena sakit otak. Sakit nak fikir solution masalah negara yayanosoros.
semalam aku sambung jahit lencana sekolah kat uniform Che Mat,sempat oter seluar sekolah agama dia 2 helai. Dan jahit beg untuk isi uniform sekolah dia bila PJ hari isnin nanti. Hari isnin Che Mat kena pakai uniform sekolah dulu untuk perhimpunan then baru tukar baju PJ (pendidikan jasmani). Dia risau nak tukar baju macam mana, kat mana dan bila. Aku kata dengar je arahan cikgu. banyak kali aku pesan suruh dia masukkan unifrom dia dlm beg yg aku DIY tu, Takut tercicir parah plak aku nak beli yang baru. Nak mencari naik turun pasaraya yang leceh tu.Harap-harap result dia tak mengecewakan aku petang nanti.
So, untuk beg PJ dia kali ni aku guna balance kain askar masa buat DIY beg ngan bandana untuk bapak dia dulu. Nasib baik besar jugak la saki baki kain tu.Dapat jugak buatkan satu beg untuk dia. Che Mat ni memang banyak songeh sikit kalau jahitkan beg untuk dia. Kalau tak kena pada mata dia memang dia kata NG direct terus ke muka aku huhuhuu!!!
pandangan dari belakang
pandangan dari depan.
peace!!! model kena paksa bergaya dengan beg baru hahahaha!
ni baju sukan Che mat..memandai je aku letak tag imanazyan kat baju dia. Dengan harapan dia tak bertukar baju dengan kawan-kawan yang lain.
Comments
tu le susah klu ada mak yg over ni hehehehe