Singkirkan Angin Badan
Sejak 2 3 menjak ni, badan aku banyak sangat angin. Asyik la rasa nak membuang angin. Kalau kat rumah tak pe la jugak. Tak le segan sangat kalu kentut merata-rata. Kalau kat ofis mau la terkejor-kejor lari ke toilet membuang angin hehehehe.
Ada cara cara paling senang dan mudah untuk mengatasinya adalah dengan menggunakan sebuku halia dan sesudu lada hitam. Tumbuk halus kedua-dua bahan ini dengan sedikit air. Kemudian ambil sepotong kain berukuran lebar saiz kaki. Letakkan bahan yang telah ditumbuk itu ke dalam kain lalu dibalut dengan kemas agar bahan di dalamnya tidak terkeluar. Amalkan petua ini ketika ingin tidur. Anda akan merasa segar kerana angin telah diserap ke dalam kain tersebut. Lakukan sekerap mungkin untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Ala-ala macam pelekat kaki kinohimitsu la petua kat atas tu. Tapi bagi aku yang tak berapa rajin ni… haruslah aku minta je pil buang angin kat klinik inhouse…heehehhe
Comments